Contest yang Zon Artis anjurkan kali ini sangat mudah dan tidak memerlukan anda untuk mengeluarkan sebarang kos walau 1 sen sekalipun. Contest mudah ini kami namakan sebagai cabutan tiket bertuah versi online.
Ok! Sebut pasal cabutan tiket bertuah, pasti anda tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan tiketnya. Itu mudah sahaja. Anda boleh pilih atau ikuti beberapa kaedah seperti dibawah dan setiap kaedah berlainan pula bilangan tiketnya. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda buat kesemua kaedah bagi mendapatkan lebih banyak tiket.
Kaedah 1 (dilanjutkan sehingga 20. Julai 2009)
Buat 1 post di blog anda mengenai kewujudan Zon Artis ini. Kandungan post itu pula terpulang kepada anda untuk mengolahnya. Ini bermakna, anda bebas untuk menulis apa sahaja asalkan tiada unsur fitnah, kejian dan yang boleh menggugat keamanan negara. Huhu.. Jika susah sangat, anda boleh tulis mengenai contest ini sahaja. Mudah kan?
Pada post tersebut pula, anda wajib membuat backlink ke laman utama website ini (http://zonartis.com) dan juga ke page contest ini (http://zonartis.com/zon-artis-contest). Dan jangan lupa, pada akhir post tersebut tuliskan “Hadiah contest ini ditaja oleh Gambar HeHe (http://gambarhehe.com) & juga World Of Mohd. Azizwan (http://azizwan.com)”
*Jika tidak disertakan, bermakna tiada tiket untuk post tersebut. Hehe..
Contoh:
Hadiah contest ini ditaja oleh Gambar Hehe dan juga World Of Mohd. Azizwan
Kredit: 5 tiket untuk setiap 1PR (blog 2PR dapat 10 tiket).
Kaedah 2 (dilanjutkan sehingga 20. Julai 2009)
Dapatkan entri terkini Zon Artis dan juga Gambar Hehe terus ke emel anda. Jangan risau, ianya adalah percuma. Apa yang penting, anda wajib menggunakan alamat emel yang sah kerana 1 emel pengesahan akan dihantar ke emel yang anda daftarkan tadi untuk persetujuan. kami juga akan membuat semakan menerusi emel yang anda daftarkan.
Zon Artis – Subscribe [di sini]
Gambar HeHe – Subscribe [di sini]
Kredit: 3 tiket per subscribe (subscribe kedua-duanya dapat 6 tiket)
Mereka yang telah mendaftarkan emel (subscribe) sebelum ini secara automatik menerima 3 tiket daripada kami. Oleh itu, tidak perlu subscribe untuk kesekian kalinya.
Kaedah 3
Jadi 10 penghantar komen yang pertama pada setiap entri yang dikeluarkan di Zon Artis dan juga di Gambar Hehe selepas ini (entri lepas tidak diambil kira) sehinggalah contest ini berakhir kelak. Namun begitu, komen yang diberikan haruslah related dengan entri yang ditulis. Jika tidak berkaitan, kami tidak teragak-agak untuk tidak memberikan tiket terhadap komen tersebut.
Oh ya, bagi memudahkan kami untuk mengenal pasti dan merekodkan penyertaan anda, sila gunakan nickname yang sama semasa meninggalkan komen di Zon Artis mahupun di Gambar Hehe. Harap anda jelas mengenainya.
Kredit: 1 tiket (seorang layak dapat 1 tiket sahaja untuk 1 entri).
-
HADIAH YANG MUNGKIN MENJADI MILIK ANDA
Memandangkan contest ini sangat mudah dan Zon Artis pula hanyalah sebuah website underground yang baru mula bertapak, maka hadiahnya juga tidaklah terlalu ‘superb’ tetapi bagi kami ianya cukup berbaloi. Tambahan pula anda tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk menyertai’nya. Apa yang penting, kita enjoy. Hehe..
Hadiah utama
1 unit kamera digital berharga +/- RM250 seperti gambar di bawah.

Hadiah hebat ini ditaja oleh: www.gambarhehe.com
Hadiah salingan (untuk 3 pemenang bertuah)
- 1 unit Louis Vuitton design mousepad berharga $8.99 (+/- RM32)
- Wang tunai RM10
- Pengiklanan (pakej B) selama 30 hari di Zon Artis

Hadiah ini ditaja oleh: www.azizwan.com
-
KAEDAH PEMILIHAN PEMENANG
Pemenang dipilih 100% menggunakan sistem Random.org. Kami akan memberikan nombor tiket kepada anda melalui emel beberapa hari setelah contest ini tamat nanti. Nombor yang diberikan pula adalah secara rawak berdasarkan jumlah tiket yang terkumpul. Misalnya seperti screenshot di bawah ini:

*Kami tidak akan bertanggungjawab jika anda tidak menerima sebarang emel daripada kami nanti akibat penggunaan emel yang tidak didaftarkan. Harap maklum!
-
SYARAT & TERMA CONTEST
1. Contest ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja (kecuali penaja) dari seluruh dunia asalkan mempunyai alamat surat-menyurat yang sah di Malaysia.
2. Contest ini akan bermula dengan serta-merta setelah entri ini diterbitkan dan akan tamat pada 30. Julai 2009 (Khamis) tepat jam 11.59:59 waktu Malaysia.
3. Untuk kaedah 1 & kaedah 2, ianya hanya sah sehingga tarikh seperti yg telah dinyatakan dan PR pula akan diambil kira berdasarkan pada tarikh tersebut.
4. Pastikan emel yang anda gunakan adalah sah supaya anda boleh menerima nombor tiket daripada kami. Ini kerana, jika pemenang tidak berjaya menunjukkan nombor mereka dalam masa 7 hari setelah keputusan dikeluarkan, maka kami akan mendapatkan pemenang baru.
5. Bagi memudahkan kami merekodkan setiap tiket yang anda terima, gunakanlah username dan emel yang sama bagi mengelak dari berlakunya keciciran tiket.
6. Syarat & terma ni mungkin akan ditambah, dikurangkan ataupun ditukar kandungannya dari semasa ke semasa berdasarkan kesesuaian yg kami fikirkan perlu untuk disyaratkan.
7. Sebelum terlupa, dengan menyertai contest ini secara automatik anda bersetuju dangan syarat & terma yg kami tetapkan dan bersetuju menerima sebarang emel daripada kami.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, bolehlah ajukannya kepada kami di ruangan komen di bawah ini dan kami akan mencuba untuk menjawabnya dengan kadar segera. Akhir kata, selamat ber’contest & jangan lupa support iklan yg ada di Zon Artis ini





Admin Zon Artis says:
June 20th, 2009 at 12:06 am
sila rujuk ruangan ini untuk update terkini mengenai contest dari semasa ke semasa.
[Reply]
Admin Zon Artis Reply:
July 21st, 2009 at 2:19 am
kaedah 1 dan 2 dah pun tamat. mulai hari ini sehingga 30 julai nanti, hanya komen sahaja yang akan diberi tiket.. so, jika anda baru pertama kali bertandang ke sini, jangan lupa berikan komen jika anda rasa entri/artikel tersebut perlu diberi respon. TQ
[Reply]
Admin Zon Artis Reply:
July 31st, 2009 at 12:23 am
contest telahpun tamat. kpd u all yg menyertainya, terima kasih bebanyak kami ucapkan. u all memang best’lah. hehe.. apa2 pun, nantikan keputusannya dalam masa terdekat ini. sabar ye
[Reply]
ilhamputra says:
June 20th, 2009 at 9:24 am
wah.dah start contest ni.hadiah memamng gempak terutama yang hadiah utama tu.aku berminat nak join gak
[Reply]
kisahsensasi says:
June 20th, 2009 at 10:23 am
pergh … gempak sih teknik contest kali nie…. siap melibatkan PR blog lagi….nanti saya update….
[Reply]
kisahsensasi says:
June 20th, 2009 at 11:13 am
wokey…. saya baru je post satu entri pasal contest nie….
[Reply]
Admin Zon Artis Reply:
June 20th, 2009 at 12:57 pm
sebolehnya berikan link post supaya mudah bagi kami utk membuat semakan dan merekodkan post tersebut.. dan lg 1, jika anda bercadang utk mendapatkan tiket melalui kaedah 2 juga, sebaiknya lakukanlah ia sekaligus dan maklumkannya juga sekaligus yg anda sudah melakukannya. jd, kuranglah sket beban kerja kami dan kesilapan yg tdk sepatutnya berlaku dpt dielakkan drpd berlaku. huhu..
[Reply]
hydir says:
June 20th, 2009 at 11:51 am
wah…ada kontest yer…
macam nak join jer
[Reply]
Blogspot Tutorial says:
June 20th, 2009 at 12:13 pm
Join jugak, nanti aku wat post….
[Reply]
Mr.Bintang says:
June 20th, 2009 at 12:37 pm
16 tiket dalam tangan oke.. hehehehehe… nnt aku wat entry..
[Reply]
kisahsensasi says:
June 20th, 2009 at 3:31 pm
okey nie link post entri di blog saya…..
http://kisahsensasi.com/2009/06/20/zon-artis-beri-kamera-digital/
[Reply]
Adam says:
June 21st, 2009 at 1:37 am
Mari masuk. Saya mahu trafik juga dari sini. Mari masuk
[Reply]
denaihati says:
June 21st, 2009 at 10:31 pm
menarik ni ..aku mesti join ni.
[Reply]
zai says:
June 21st, 2009 at 11:32 pm
adoyaii..pening jugak nih..
tp leh cube..ngeh3x
[Reply]
azizwan(dot)com says:
June 22nd, 2009 at 3:51 am
aku dah buat post pasal contest ni, agaknya diterima tak? hehe.. anyway, kpd u all yg ada blog tu, alang2 dah ada blog tak rugi join contest ni.. siapa tahu u all bernasib baik menang contest ni. kan dah ada digital camera sendiri. yay!
yg takde blog tu, jgn sedih2.. u all still boleh join contest ni asalkan u all ada emel. so, rajin2 la masuk zon artis ni dan jadi antara 10 pengomen yang pertama. mana la tau kan, dgn 1 tiket yg u all dpt tu akan menukarkannya kpd kamera digital. hehe
[Reply]
zai Reply:
June 22nd, 2009 at 3:06 pm
uit..penaja pn bole join eh.?ngeh2
apepn aku pn da siap post psl contest ni..
lum publish jer..
[Reply]
azizwan(dot)com Reply:
June 22nd, 2009 at 11:41 pm
takdelah.. aku suka2 je tu. huhu.. zon artis x terima pun penyertaan aku
[Reply]
titan says:
June 23rd, 2009 at 11:13 am
hoho..nanti aku review aa..
[Reply]
jazz says:
June 23rd, 2009 at 2:34 pm
jom join jgn x join, boleh dpt brg free tu………….
*no link promo
[Reply]
Kamera digital untuk anda menangi | World Of Mohd. Azizwan™ says:
June 24th, 2009 at 2:07 am
[...] stop kat sini. Dan untuk lebih lanjut mengenai contest kat Zon Artis tu, korang boleh baca terus di sini. Eh, apa tunggu lagi? Pergilah baca dan jangan lupa join juga contest tu. Hehe.. Oh ya, sebelum aku [...]
ilhamputra says:
June 24th, 2009 at 8:05 am
ZA, aku dah buat post.harap dapat bersaing untukcabutan bertuah tu. http://www.ilhamputra.com/umum/zon-artis-dan-kamera-digital/
[Reply]
Mr.Bintang says:
June 26th, 2009 at 12:16 am
dah wat gak.. pat la tngk.. hehe..
http://sibintang.com/2009/06/aq-merapu-tag-contest/
[Reply]
Aq Merapu, Tag & Contest | Aku dan kamu.. says:
June 27th, 2009 at 8:18 pm
[...] Hadiah contest ini ditaja oleh Gambar HeHe (http://gambarhehe.com) & juga World Of Mohd. Azizwan (http://azizwan.com) Untuk maklumat lanjut sila lah ke klik sini. [...]
zai says:
June 28th, 2009 at 10:21 pm
aku pn da wat entri tuk contest ni.. bole tgok ngeh2 …entri khas tuk zon artis http://twitthis.com/khy38d
[Reply]
ayuDear says:
June 30th, 2009 at 10:29 pm
Salam.. Semangat nak msuk contest nie.. so ayu dah subcribe n wat n3 psal contest nie.. hopefully ayu bertuahlah mengondol hadiah2 yg penganjung bagi tue.. hahaa..
Wish me luck
http://ayudear.blogspot.com/2009/06/jom-contest-zonartis-contest-online.html
[Reply]
zuls says:
June 30th, 2009 at 11:38 pm
Salam saya join jugak, dah subscribe dan juga dah buat post di
http://zulseffort.blogspot.com/2009/06/menang-kamera-di-zon-artis.html
tahniah kerana buat contest
[Reply]
denaihati says:
July 6th, 2009 at 8:19 am
akhirnya berjaya juga aku buat posting contest ni @ http://denaihati.blogspot.com/2009/07/digital-camera.html
[Reply]
paan says:
July 6th, 2009 at 1:23 pm
dah buat semua task..skang juz keep up to date ngan post2 kat blog nie..jemput review post aku kat sini http://farhanfirdaus.blogspot.com/2009/07/contest-kamera-digital.html
[Reply]
aku hUnNy (^_~) says:
July 6th, 2009 at 11:06 pm
da join contest nie..sile2 jmput tuk review post nye.. http://aku-hunny.blogspot.com/2009/07/contest-zon-artis.html
[Reply]
imanmom says:
July 12th, 2009 at 10:12 am
http://impianalamaniman.blogspot.com/2009/07/nak-menang-digital-camera.html#links
saya dah promote contest ni…
[Reply]
imanmom says:
July 12th, 2009 at 10:23 am
http://impianalamaniman.blogspot.com/2009/07/contest-weblog-popular-1malaysia.html#links
nak menang rm5000…
[Reply]
lizz says:
July 17th, 2009 at 9:46 am
hehehehe. nak join lah! tak menang tak per,tapi aku suker bab2 masuk contest berpekdah camni.kikiki
[Reply]
lizz says:
July 17th, 2009 at 10:21 am
ok. im done!! siap dah buat post special punyer untuk contest ni
http://whiteharajuku.blogspot.com/2009/07/kamera-digital-percuma-untuk-anda.html
[Reply]
zai says:
July 29th, 2009 at 8:06 pm
sok contest tamat…mendebrkan..huhu
[Reply]
broSKL says:
August 13th, 2009 at 12:52 am
napa aku x dapat pun no random tu..?
[Reply]
Admin Zon Artis Reply:
August 13th, 2009 at 2:57 am
biar betul? nombor bertuah sudahpun dihantar kepada semua peserta yang layak dan kami sudah pastikan tiada seorang pun terkecuali menerimanya melainkan emel yang telah kami blacklist dr senarai kerana emel tersebut tidak sah dan tidak wujud.
[Reply]
Kamera Digital Tajaan GambarHehe.Com? | Gambarhehe says:
December 18th, 2009 at 9:56 pm
[...] anda bahawasanya Zon Artis telah menganjurkan sebuah peraduan dengan sokongan dan tajaan daripada [...]
tajul-azhar.kabri@unilever.com says:
April 14th, 2010 at 1:45 pm
yaho klu pakcik dapat hadiah nih pakcok kayooo….
[Reply]