
Seperti ura-ura yang kami dengar sebelum ini yang mengatakan Zizi AF7 akan menjadi salah seorang ahli The Fabulous Cats akhirnya menjadi realiti apabila Cat Farish dengan sendirinya telah mengesahkan perkara tersebut melalui facebook’nya.
Berikut adalah kenyataan Cat Farish yang tertulis pada facebook miliknya:
Nak masuk album ketiga dan penukaran ahli wanita dah masuk kali yang keempat. Mulanya ellie kemudian alya dan terbaru farhana.
Kini saya Cat Farish dan Adeep bersama dengan dua kuasa baru dan yang akan memberi aura baru pada The Fabulous Cats, Wangi dan Zizie.
Kami akan mengikat janji selama 15 bulan dan akan bergerak mulai 1st July.
Oleh itu, kami di Zon Artis ingin mengucapkan tahniah kepada Zizi kerana berjaya diterima menjadi salah seorang ahli The Fabulous Cats. Sekurang-kurangnya tidaklah kamu menerima nasib yang seperti bekas pelajar AF yang lainnya yang boleh kami katakan “hidup segan mati tak mahu”.
Tapi satu saja permintaan kami, jangan hangat-hangat tahi ayam sudah la yer.






zai says:
June 17th, 2009 at 2:39 pm
mmg bruntung dia…tp mmg ssuai kot dia ni ngan F C..
[Reply]
Gosip Hangat says:
June 17th, 2009 at 8:35 pm
Mesti la beruntung sebab orang lawa.. hu hu
[Reply]
loq says:
June 17th, 2009 at 11:39 pm
wangi tu hot jugak!lol
[Reply]
kisahsensasi says:
June 20th, 2009 at 10:30 am
Fabulous cats nie kerap benor tukar penyanyi diorang….
[Reply]