Wak AG & Usop (Hot FM) Nak Bagi Duit Raya!

Friday, September 9, 2011 7:42
Posted in category General, Peraduan

DUIT RAYA HOT FM

Berita baik kepada semua terutamanya pendengar setia Hot FM dimana lebih daripada RM60,000 bakal dihadiahkan oleh dua penyampai Hot FM iaitu Wak AG dan Usop. Ianya sebagai berkongsi kegembiraan sempena Syawal ini.

Selama tiga minggu bermula 12 September 2011, stesen radio Hot FM bersama akhbar Berita Harian akan mengadakan peraduan ‘Beraya bersama Wak AG dan Usop‘. Pendengar hanya perlu setia bersama Hot FM dan menantikan isyarat yang diberi (isyarat memanggil dan isyarat SMS).

Jika ia isyarat memanggil, anda perlu menjadi pemanggil kelima yang berjaya menembusi talian Hot FM. Untuk isyarat SMS pula, anda perlu menaip kata laluan WAKAGUSOP dan hantar ke 33399. Pengirim SMS terpantas akan dihubungi penyampai Hot FM.

Kemudian, pendengar perlu meneka tajuk lagu untuk lirik yang dinyanyikan secara bersama oleh Wak AG dan Usop. Lirik yang dinyanyikan adalah lirik dari lagu yang sama, cuma kedua-dua karektor ini menyanyikannya mengikut gaya mereka tersendiri.

Bersesuaian dengan tema peraduan iaitu ‘Beraya bersama Wak AG dan Usop’, lagu-lagu yang didendangkan oleh mereka adalah berkisarkan tentang Raya.

Sekiranya pendengar dapat meneka lagu tersebut dengan tepat, RM500 akan menjadi kepunyaannya. Jika gagal memberikan tajuk lagu dengan tepat, wang RM500 itu akan dibawa ke sesi seterusnya.

Yang perlu diingati:

1. Kempen bermula 12 September hingga 2 Oktober 2011 selama 3 minggu.

2. Kempen akan berlangsung lapan kali sehari dari Isnin hingga Jumaat, dan dua kali sehari dari Sabtu hingga Ahad.

3. 10 tajuk lagu Raya akan disiarkan di Berita Harian (Isnin – Jumaat) dan lapan daripadanya adalah jawapan untuk hari tajuk lagu dikeluarkan.

4. Enam tajuk lagu Raya akan disiarkan di Berita Harian (Sabtu dan Ahad) dan empat daripadanya adalah jawapan untuk hari tajuk lagu dikeluarkan.

+ Lebih lanjut KLIK DI SINI

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D