(Video) Michael Jackson Rehearsal Footage – 2009 Concert

Saturday, July 4, 2009 21:32
Posted in category Video

Michael Jackson

Walaupun sudah lebih seminggu Michael Jackson menghembuskan nafas terakhirnya, namun namanya masih menjadi sebutan yang sentiasa meniti di mulut-mulut seluruh rakyat dunia terutama dari peminat-peminat fanatiknya.

Tambahan lagi sewaktu entri ini ditulis, jenazah’nya masih belum dikebumikan malah perkara ini menjadi tanda tanya samada Michael Jackson akan dikebumikan secara Islam atau sebaliknya termasuklah juga dimana lokasi beliau dikebumikan.

Ok, kita lupakan perkara itu seketika kerana pada entri ini kami ingin kongsikan kepada anda salah satu video terakhir Michael Jackson dimana video tersebut adalah video yang dirakam semasa beliau membuat rehearsal a.k.a raptai untuk konsert yang akan beliau jayakan pada bulan ini. Saksikan..

Kami percaya video ini pastinya akan menjadi antara video Michael Jackson yang paling mahal kerana ianya seakan-akan hadiah terakhir Michael Jackson buat peminatnya. Apa-apa pun, R.I.P untuk Michael Jackson.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

20 Responses to “(Video) Michael Jackson Rehearsal Footage – 2009 Concert”

  1. zai says:

    July 4th, 2009 at 10:41 pm

    aku da tgok dulu kat yahoo video ni..
    sdih tgok video konsert trakhr dia ni,
    dia se’olah2 memakse diri dia braksi tuk pminat..huhu..
    berehatlh dgn aman mikael…

    [Reply]

  2. Mr.Bintang says:

    July 4th, 2009 at 11:48 pm

    Aku x leh tngk… line slow…wuwaaaaaaaaaaa…

    seminggu lebih dah masih x kebumi lagi.. :(

    [Reply]

  3. x-po says:

    July 5th, 2009 at 5:34 am

    bila dia dh xda, bru aku cam minat nk amik tau psl dia..huhu

    [Reply]

  4. Iriene says:

    July 5th, 2009 at 9:55 am

    Sayang sekali, dia masih bersemangat dan “passionate” semasa rehearsal.
    Tks for sharing & tks for visiting my blog.
    Kalau u ada masa, do drop by..:D keep in touch!
    Happy Sunday!

    [Reply]

  5. azizan4444 says:

    July 5th, 2009 at 2:10 pm

    bile da xde bru la org nak sanjung2.plik ye..

    [Reply]

  6. kisahsensasi says:

    July 5th, 2009 at 8:33 pm

    time2x cenggini memang ramai orang dok layan video konsert MJ

    [Reply]

  7. paan says:

    July 6th, 2009 at 11:02 am

    owh rehearsal utk concert tu ek ?? aku xtau plak dia belum dikebumikan lagi..ingatkan dah selamat dikebumikan dengan cara islam..

    [Reply]

  8. ayuDear says:

    July 7th, 2009 at 9:51 am

    michael ker mikael ek?? paper pun die mmg uniq..

    [Reply]

  9. nora aziz (Nora Bridal Creation) says:

    July 8th, 2009 at 4:57 pm

    Assalamualaikum semua,
    Saya terpanggil untuk mengisi laman ini semata-mata ingin berkongsi dengan semua peminat-peminat yang menyanjungi insan luar biasa seperti Michael Jackson. Saya dibesarkan di dalam tahun Michael Jackson dibesarkan dan semenjak saya mengenali erti music, saya amat menggemari akan lagu-lagu dan irama ‘dance’ yang dipersembahkan. Saya juga pernah mengambil kesempatan untuk menyaksikan persembahan konsert beliau di Kuala Lumpur pada satu ketika dahulu dan bertuah rasanya diri ini kerana dapat bertemu dan juga bersalaman dengan beliau secara dekat di Concorde Hotel sewaktu dahulu.Sememangnya saya turut tersentuh dan bersedih diatas apa yang berlaku. Ia begitu menyayat hati
    apabila mengikuti kisah riwayat perjuangan Michael Jackson ini dipentas seni. Bukan sahaja kerana persembahan beliau yang unik dan juga hebat. Namun kisah kehidupan sehariannya juga mengundang pelbagai spekulasi sehingga turut merubah kehidupan beliau. Beliau di hina dan juga dicerca oleh pelbagai majalah sensasi sehingga dituduh dengan pelbagai tuduhan yang akhirnya menyebabkan beliau terpaksa membayar kes-kes tersebut bagi menutupinya dengan jumlah yang begitu banyak. Namun mengenali Michael dari Video-Video yang ditayangkan dan juga mendengar kisah keperibadiannya daripada orang-orang yang pernah berdampingan dengan beliau… beliau sebenarnya adalah seorang insan yang amat baik, dan juga pemurah. Kerjaya beliau pernah di iktiraf sebagai “The Greetest Selling Album of All Time”, seharusnya dengan pencapaian yang sedemikian rupa beliau sepatutnya tidak berhadapan dengan masalah beban hutang yang begitu besar menyebabkan beliau terpaksa mengambil jalan yang drastic untuk mengadakan konsert secara besar-besaran di 02 Arena, Kota London bagi menyelesaikan hutang-hutang tersebut terutama sekali untuk menyelamatkan harta yang paling beliau sayangi iaitu estet kediaman peribadi beliau di ‘Neverland’ Santa Barbara county. Namun apa kan daya belum sempat perjuangan beliau berakhir bagi menyelesaikan masalah bebanan hutangnya, beliau terpaksa meninggalkan muka bumi ini dan mewasiatkan orang-orang yang dipercayai bagi menyelesaikan masalah bebanan kewangannya.
    Kini timbul pula pelabagai spekulasi, selepas upacara memorial tersebut mengapa jenazah beliau tidak di kebumikan lagi?. Sudah tentu ia mengundang pelbagai andaian kerana seperti apa yang dikatakan oleh Larry King ketika di temuduga selepas upacara memorial tersebut, ini adalah kali pertama beliau melihat upacara yang sedemikian rupa. Belum pernah terjadi dalam mana-mana upacara memorial artist-artist selebriti antarabangsa jenazah di bawa masuk kedalam memorial tersebut. Mengapa ini terjadi?. Selepas melakukan pelbagai penghayatan tentang insiden pemergian Michael Jackson ini semenjak hari pertama beliau telahpun disahkan meninggal dunia oleh abang kandungnnya iaitu Jermaine Jackson, saya mempunyai beberapa andaian yang mungkin menguatkan kesahihan bahawa kemungkinan besar keluarga Jackson ini ingin menunaikan hasrat Michael sendiri di sokong padu oleh abang kandungnya supaya jenazahnya dapat di kebumikan secara islam tanpa pengetahuan daripada dunia luar lebih-lebih lagi pihak paparazi yang begitu tergila-gilakan berita sensasi mengenainya. dan perlu diketahui Michael Jackson mempunyai berjuta insan di seluruh dunia ini yang tergolong daripada mereka yang berugama kristian. Jadi sudah tentulah sekiranya pengkebumian Islam tersebut dilakukan secara terbuka maka mereka yang mempunyai fahaman radikal kristian bimbang sekiranya ramai diantara peminat-peminat Michael Jackson juga akan turut berubah arah memeluk agama Islam ini. Dan perkara ini tidak akan dibenarkan sama sekali oleh kerajaan Amerika Syarikat terutamanya ahli keluarga Michael Jackson sendiri seperti bapa saudaranya yang membimbing ahli politik manority kulit hitam iaitu Al salthran yang turut berucap pada acara memorial tersebut. Ahli keluarga Michael Jackson juga selain daripada Jermaine Jackson yang telah pun memeluk agama Islam sejak 20 tahun lalu adalah berkefahaman Johanah Witnesses, dan mereka amat memegang kuat akan tradisi kefahaman keluarga ini dan berada di dalam keadaan yang sedemikian, Jermaine atau pun Jenazah Michael Jackson sendiri tidak berdaya untuk menghalangnya namun terpaksa juga redha akan keputusaan jemaah ahli keluarga ini. Pengalaman saya belajar di Amerika Syarikat selama hampir setengah tahun membuatkan saya faham akan apa yang berlaku dan tidak merasakan ia pelik. Di mana saya juga ingin berkongsi dengan pembaca semua bahawa masayarakat kulit hitam Amerika Syarikat yang berugama islam tidak akan dibenarkan sama sekali untuk menyuarakan pendirian mereka. Mereka harus mengikut undang-undang yang telah dikenakan oleh kumpulan aktivis yang telah memenangi parti politik tersebut dan kebetulan pada waktu ini Al Satran adalah ahli politik untuk kumpulan kulit hitam di California. Dan bagi kebanyakan ahli keluarga kulit hitam ini dibesarkan di dalam kefahaman Johanah Witnesses. termasuk ahli keluarga Michael Jackson sendiri. Jadi untuk atur cara ziarah bagi memperingati jenazah, (memorial) adalah wajib untuk ahli keluarga tersebut mengikuti kefahaman atau pun adat keluarga Johanah Witnesses ini sebelum ia disemadikan, dan selepas atur cara majlis itu barulah ahli keluarga akan memilih kepercayaan agama masing-masing untuk aturcara pengkebumian pula. Dan rata-rata penganut kefahaman Johanah Witnesses, mayat haruslah dibakar dan abu mayat tersebut di lepaskan dibawah cahaya bulan yang terang supaya rohnya lepas bebas. Namun sekiranya si mati berugama Islam, ia perlu di semadikan dan ini menguatkan kabar angin bahawa Michael benar-benar memeluk agama Islam. Pembaca bolehlah goole melalui laman internet untuk mengetahui lebih lanjut lagi akan article berkenaan iaitu bertajuk “Black American Muslim Society Will Never Stand For Their Justice”. Michael jackson memeluk Islam dan meninggal dunia sebelum beliau sempat mengabarkannya. Dan ada sumber-sumber mengatakan beliau ingin mewawarkannya sendiri apabila melakukan konsert “This is it” secara besar-besaran di O2 Arena, kota Londan nanti. Tercetus pula andaian ada pihak-pihak zionist yang telahpun menghidu berita ini tidak menyukainya dan Michael dikatakan telah pun di bunuh secara terancang. Pihak penyiasatan optopsi keatas jenazah Michael tidak dapat mencari bukti-bukti yang sahih bagaimana kejadian bolih menyebabkan jantung beliau tiba-tiba terhenti dan seterusnya meninggal dunia sehingga menyebabkan pihak DEA terpaksa campur tangan dan akibatnya jenazah Michael yang dikembalikan kepada ahli keluarga terpaksa di terima tanpa organ otak Michael untuk pihak tersebut melakukan kajian secara menyeluruh. Inilah beberapa punca-punca mengapa pengkebumian ini terpaksa ditunda oleh ahli keluarga Michael berminggu lamanya dan berada di dalam situasi Jermaine Jackson, ia bukannya mudah. Selain daripada terpaksa berhadapan dengan ahli keluarga yang berfahaman Johanah Witnesses semenjak dilahirkan lagi dan masyarakat dunia yang begitu menghargai juga menyayangi Michael Jackson. Beliau terpaksa mengambil jalan yang berhati-hati dan juga teliti untuk mengabui mata media, masyarakat dunia dan juga kepuasan bagi semua pihak. Namun sebagai seorang Islam, yang percaya akan qada & kadar Tuhan, tidak usahlah kita meraguinya lagi. Michael bukan dibesarkan didalam Negara Islam dan beliau juga bukan menganut agama Islam dari kecil. Kehidupannya begitu complex dan menyayat hati dan ahli keluarganya tidak mahu lagi pihak luar menyakiti Michael lagi. Kita seharusnya redha dengan apa yang terjadi tanpa berasa curiga ataupun mencemuhnya. Serahkan segalanya kepada Allah s.w.t yang esa dan sudah pasti abang Michael jackson sendiri iaitu Jermaine Jackson akan mengendalikannya sebaik mungkin kerana beliau adalah seorang yang amat beriman. Bagi peminat-peminat Michael yang amat menghargai juga menyayangi beliau, kita seharusnya berasa beruntung kerana banyak bukti-bukti bahawa beliau telahpun merancang untuk masa depan beliau. Yang paling ketara 2 tahun sebelum pemergian beliau, beliau telahpun mengosongkan estet kediamannya di ‘Neverland’ dan sepanjang 2 tahun tersebut beliau banyak kali berhijah ke negara-negara teluk dan di akhir lawatannya beliau ke Bahrain dan dikatakan ingin menginap disitu. Kembalinya ke L.A, semata-mata ingin menyelesaikan masalah bebanan hutangnya dengan cara melakukan konsert buat kali terakhir di 02 Arena.Kota London. Dan terdapat beberapa bukti yang paling ketara, Jermaine tidak putus-putus memuji “Allah s.w.t” setiap kali beliau diajukan soalan berkenaan dengan “Michael”. Namun seperti biasa pihak Media tidak mengendahkannya dan beberapa kali cuba untuk menutupi ucapan Jermaine itu. Dan bukti yang terakhir kali jika kita peka pada upacara “Memorial” itu perhatikan Jermaine. Beliau membawa tasbih ditangannya, keranda pula tidak ada sebarang tanda palang Kristian manakala selepas upacara “memorial” itu, jenazah dikembalikan semula ke Florest Lawn. Kemungkinan upacara pengkebumian secara Islam akan dilakukan secara tertutup, bukan dalam waktu yang terdekat ini mungkin. Kerana organ otak Michael masih belum dikembalikan lagi ke jasadnya dan permohonan untuk mengkebumikannya di Neverland masih belum lagi mendapat kelulusan daripada Santa Barbara County.
    Sama-samalah kita berdoa semuga roh Mikaeel Jackson benar-benar dikebumikan secara Islam dan semuga rohnya di rahmati oleh Allah s.w.t.

    [Reply]

    Mr.Bintang Reply:

    amin…
    sedih lak bila mengenang kembali kisah MJ ni.. :(

    [Reply]

    azizwan(dot)com Reply:

    salam nora aziz, terima kasih diatas perkongsiaan ini.. memandangkan apa yg saudari tuliskan ini sangat besar kemungkinan yg MJ sdh sah memeluk Islam, maka aku telahpun menyalin’nya semula dan meletakkan di blog aku sebagai bacaan semua..

    [Reply]

    pear Reply:

    hmm..tanks for sharing…menjadi seorang lelaki bernama michael bukanlah mudah..aku cam kesian tgk m.j..dah la kene tuduh cabul budak..ades…

    [Reply]

    d|n Reply:

    tq..ak pn nk letak kt blog jugak la..hehe

    [Reply]

  10. Luahan 'seseorang' mengenai arwah Michael Jackson | World Of Mohd. Azizwan™ says:

    July 9th, 2009 at 1:16 am

    [...] Islam. Dan daripada pembacaan aku itu juga, aku dapat rasakan seperti apa yang disampaikan oleh nora aziz (Nora Bridal Creation) itu ada [...]

  11. Winnie Ambro says:

    July 13th, 2009 at 10:08 am

    mengenai cerita artis paling popular di seluruh dunia ni m j….urusan kematian nya terpulang la untuk pihak keluarga nya menguruskan nya. Walau apa pun agama yang di pegang nya namun dia tetap mahluk kepunyaan tuhan dan sememangnya semua manusia yang hidup akan di panggil suatu hari nanti juga. semoga roh m j bersemadi dengan tenang di sisi tuhan amen…

    [Reply]

  12. suhana says:

    July 13th, 2009 at 10:24 am

    sdey la gak terkenangkan mj..rase beruntung sesangat aku dlahirkan dlam islam..

    moge roh mj dicucuri rahmat..hbeh neverland tu sape punye skang?ishk..ishk..ishk..ksian

    [Reply]

  13. dahlia says:

    July 16th, 2009 at 12:58 pm

    salam pn nora aziz. tenkiu ats coretan yg begitu menyentuh hati…sekurang2nya sy tahu perjalanan kehidupan MJ dan sy telah forwardkan pd kwn2 yang lain.. tenkiu puan nora.

    [Reply]

  14. wan2911 says:

    July 26th, 2009 at 5:15 pm

    da xde baru aku terminat kt lagu2 beliau..

    [Reply]

  15. izaaazaz says:

    August 7th, 2009 at 2:31 am

    hm… sy da tngok video nih.. when michael cames here in 1996, i was only 2 years old..
    but i watched him in tv. 1stime tngok dye ni nmpak mcm gurl, then i asked my mum ” ibu, who is this? boy or girl? why she is hugging a girl? ” & my mum answer ” syg, this is michael jackson. he is a boy..” & start dri stulah i mule mnat michael.. u know kids.. baru nak kenal dunia.

    now im 15. he was dead.. 25 june 2009 , June it was the sadness days,weeks,month. poor him. im quite confused, he is a muslim or not.. yelah kan, if dnga cter dlm internet ni x thu btul x. i hope hes really2 a muslim now. tngok video ni pun nmpk mcm dye keletihan, murung seperti dipaksa . dipaksa utk buat konsert. muke dye mcm terpaksa. klo la michael ni still alive & buat konsrt di KL ni for 1 more time, ill go for his concert! tapi, ajal maut di tgn tuhan. we just have to accpet it. may allah bless u mikaeel. al-fatihah

    [Reply]

  16. fatimah_azzara says:

    December 16th, 2009 at 4:20 pm

    aslkum…emmm ylah..dengar2 skang MJ dekat makkah…dia beribadat and stay dkt situ..dia dah tglkan dunia “glamour” ni…so, dengan statement “kematian” menutup segala cerita yg kurang enak..and lepas ni bolehla MJ berehat dan beribadat setenang – tenangnya…khabar2 juga MJ ni…telah jatuh hati dengan seorang perempuan yg ala – ala muslimah…dekat malaysia…so, korang terpulang la..nak percaye atau x…saye sebagai manusia x lari dari melakukan kesilapan…klu ader sape2 yg marah dgn ape yg saye tulis kan ni…saye phn maaf dan sejuta keampunan….

    [Reply]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D