Ustaz Haslin Baharim (Ustaz Bollywood) Tampil Dengan Album Zikir Zindagi

Wednesday, February 6, 2013 9:31
Posted in category Album, General

ALBUM ZIKIR ZINDAGI USTAZ BOLLYWOOD

Sinonim dengan panggilan Ustaz Bollywood, nama Ustaz Haslin Baharim bukan lagi asing dalam persada dakwah tanahair. Popularitinya juga tidak hanya terhad di corong-corong radio atau kaca televisyen, malahan rakaman video ceramah-ceramah yang dimuat naik di saluran YouTube juga berjaya meraih ratusan ribu jumlah tontonan.

Bertitik tolak dari situlah, buat julung kalinya, UNICDOTMY Pro Sdn Bhd telah menjalin kerjasama dengan Ustaz Haslin untuk menghasilkan album sulung beliau yang bakal menggegar dan meruntun jiwa berjudul ZIKIR ZINDAGI.

Album yang dikategorikan sebagai zikir ini bakal menjengah di pasaran tidak lama lagi merupakan hadiah teristimewa daripada Ustaz Haslin dalam usahanya mempermudahkan orang ramai untuk sentiasa beribadah mengingati, memuji, mengagungkan keesaan dan kebesaran Allah s.w.t dengan caranya yang tersendiri. Tambahan lagi, album ini juga turut menampilkan zikir-zikir yang berunsurkan inspirasi sebagai taruhan utama buat para pendengar.

Umpama irama dan lagu, beliau yang merupakan lulusan Universiti Islam Abu Bakr Karachi, Pakistan, tampak begitu versatil sekali apabila alunan zikir serta doa yang dipersembahkan cukup merdu dan mendayu-dayu melalui melodi dan lenggok yang seakan-akan penyanyi Hindustan.

ALBUM ZIKIR ZINDAGI USTAZ BOLLYWOOD

Album yang menghimpunkan 19 track Zikir Munajat, Doa dan Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran ini bakal membawa perbezaan ketara kepada para pendengar kerana ianya dibacakan dengan lenggok berlagu dan bermelodi hindi selain menampilkan penggunaan bahasa Urdu dalam beberapa zikir pilihan. Selain itu, kelunakan vokal mantap Ustaz Haslin sendiri jelas kedengaran melalui zikir hits seperti Jago-Jago (urdu) dan Siru Fi Himallah.

Cara penyampaian yang bersahaja tetapi penuh bersemangat diselangi pula dengan dendangan zikir berlagu cukup membuatkan album ini unik dan dinanti-nantikan para penggemar zikir tempatan mahupun luar negara khususnya.

Nantikan kemunculan album sulung Ustaz Haslin Baharim (Ustaz Bollywood) berjudul Zikir Zindagi di pasaran nanti terbitan UNICDOTMY PRO SDN. BHD dengan harga RM19.90. Sebarang pertanyaan atau tempahan awal album, sila hubungi pejabat urusan UNICDOTMY PRO SDN. BHD di talian 03 – 6186 4300 atau emelkan kepada order@unic.my.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Ustaz Haslin Baharim (Ustaz Bollywood) Tampil Dengan Album Zikir Zindagi”

  1. UNICDOTMY Pro Sdn Bhd says:

    February 6th, 2013 at 7:07 pm

    Assalamualaikum. Terima kasih ZonArtis atas siaran artikel ini. Best Bro!

    [Reply]

    Zon Artis staff Reply:

    Waalaikumsalam.. sama2..

    [Reply]

  2. rosni says:

    May 19th, 2013 at 10:57 am

    saya nk beli zikir zindagi

    [Reply]

    Zon Artis staff Reply:

    boleh beli terus secara online di eshop.unic.my

    [Reply]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D