
Rasanya anda semua sudah tahu, sejak pemergian seorang pelawak yang berbakat besar dalam industri hiburan iaitu Bob Kuman, kecoh mengenai Saiful Apek yang dikatakan tidak berpuas hati dengan David Teo. Puncanya dikatakan bermula apabila David Teo telah mengeluarkan kenyataan yang agak sensitif terhadap arwah Bob Kuman didalam program Melodi.
“Jika Bob Kuman perlukan sumbangan lebih, saya boleh sedekah.” – Kenyataan David Teo yang dipetik dalam rancangan Melodi bertarikh 22 April 2012
Kenyataannya tersebut telah membuatkan ramai pihak terguris hati termasuklah Saiful Apek yang merupakan rakan baik arwah Bob Kuman. Disebabkan perkara itu juga, Saiful Apek mahu mengambil tindakan dengan menuntut kembali wang berjumlah RM200,000 yang dilaburkan’nya dalam filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali oleh David Teo.
Kami ada kongsikan mengenai tuntutan Saiful Apek itu pada post yang bertajuk (Panas!) Saiful Apek Melancarkan Perang Terhadap David Teo. Terbaru, tuntutan RM200,000 yang dibuat oleh Saiful Apek itu dikhabarkan telah dibatalkan oleh pihak mahkamah. Perkara tersebut dijelaskan sendiri oleh David Teo ketika mengulas mengenai tuntutan Saiful Apek itu.
“Saya dapat tahu isu ini apabila membaca isu tersebut di akhbar tempatan. Namun, Mahkamah Seksyen Shah Alam menyatakan, maka adalah pada tarikh ini bahawa penyataan tuntutan plaintif, Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff dengan MIG telah dibatalkan dan diselasaikan, di mana maksudnya perkara ini dah tutup kes. Jika masih tak berpuas hati, beliau boleh berbincang dengan cara baik, aman damai serta tidak menjatuhkan maruah masing-masing,”
Dan sepatutnya, pada petang kelmarin (Ahad), Saiful Apek mengadakan satu sidang akhbar khas bersama lebih 50 selebriti yang mahu menuntut hak masing-masing terhadap David Teo. Walau bagaimanapun, sidang akhbar tersebut khabarnya dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Patut ler takde sebarang update daripada media. Hurm~
Psstt: Boleh tahan cool baju keluaran khas Nike untuk Olimpik London ni




