
Berita baik kepada semua peminat Hujan. Indieband yang semakin meningkat naik ini khabarnya akan melancarkan ‘mobile blog’ mereka dalam masa terdekat ini dan ianya mungkin dalam minggu ini atau juga minggu hadapan kerana belum ada kata putus dari mereka setakat ini.
‘Mobile blog’ tersebut adalah dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) dan ianya diwujudkan adalah sebagai salah satu cara untuk mendekatkan Hujan dengan peminat mereka. Oleh itu, jika anda adalah salah seorang peminat Hujan, ini adalah peluang terbaik anda untuk mengikuti perkembangan mereka.
Berikut adalah petikan dari pengurus Hujan mengenai ‘mobile blog’ ini:
MINGGU ini atau minggu depan, band indie Hujan bakal melancarkan ‘mobile blog’ dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mendekatkan diri mereka dengan para peminatnya.
Menurut pengurus ‘Hujan’ Hang Dimas, para peminat yang melanggan perkhidmatan ‘mobile blog’ itu boleh menerima berita terkini daripada ‘Hujan’ setiap hari.
Katanya, strategi itu adalah lanjutan daripada laman blog kumpulan itu – iaitu, www.hujan.org yang menjual merchandise (barang dagangan), mempunyai chat room, forum dan sebagainya.
+ Berita lanjut di mStar online






Mr.Bintang says:
July 30th, 2009 at 12:14 pm
hujan la nnt.. hahaha..
[Reply]
zai says:
July 30th, 2009 at 9:52 pm
mmm…xbrape mint ngan band ni..
[Reply]
taeone Reply:
July 31st, 2009 at 11:46 am
tp lagu baru dia best..
[Reply]
Malaysian says:
August 1st, 2009 at 5:31 am
Salam bro.
Setuju, lagu dorang memang best.
Marilah promote blog zonartis.com kat website saya ^^
[Reply]
ilhamputra says:
August 3rd, 2009 at 3:02 am
huhu.memang aku minat gak dgn band ni
[Reply]
kesuburan lelaki says:
July 6th, 2011 at 1:37 pm
berita baik ni..
[Reply]