
Tauke (Raja Lawak) atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 35, mengakui dirinya sudah bernikah buat kali ketiga dan pernikahan bersama isteri barunya itu telah dilakukan di Thailand sebelum dia menyertai program Super Spontan lagi. Manakala pernikahannya yang kedua pula sedang bergolak dan kini dalam proses penceraian.
Seperti pengakuan yang dibuat oleh Tauke:-
“Yang sebenarnya, saya dah 3 kali berkahwin. Dengan isteri pertama, saya dah lama cerai. Manakala dengan isteri kedua masih dalam proses penceraian dan menunggu kata putus dari mahkamah.
“Semuanya berlaku secara kebetulan yang mana saya bernikah dengan isteri baru saya iaitu Meera sebelum saya jatuhkan talak secara sah kepada isteri saya sebelum ini. Saya juga mengaku bahawa saya berkahwin dengan Meera di Thailand dengan ditemani beberapa saksi,”
Dalam pada itu, Tauke menafikan gosip berhubung perkahwinan kali ketiganya yang bocor kepada umum ini yang mengatakan dirinya sudah bercerai dengan isteri barunya itu. Namun Tauke tidak pula menafikan yang dia sedang mengalami krisis rumah tangga dengan perkahwinan baru berkenaan. Ikuti penjelasan daripada Tauke kat bawah ni:-
“Saya dan Meera masih sah suami isteri. Suami mana yang tidak sayangkan isterinya. Namun, secara jujur sudah hampir sebulan lebih saya tidak berjumpa dan tinggal sebumbung dengan Meera.
“Saya juga tidak menafikan bahawa kami sedang mengalami masalah rumahtangga. Saya boleh katakan disini, ianya berpunca dari hasutan dari orang ketiga.
“Secara jujur, saya dan Meera bercadang hendak membuat satu majlis lepas raya ini. Namun, saya masih tidak tahu sama ada ianya boleh dilakukan atau tidak kerana ketika ini saya juga sedang menanti sama ada ikatan sah saya dengan Meera boleh diselamatkan atau pun tidak,”
+ Laporan asal: Murai






Tauke & Isteri Kedua, Meera Sah Bercerai | Zon Artis says:
August 27th, 2012 at 6:24 pm
[...] mengenai perkahwinan kedua Tauke yang dikatakan sedang retak menanti belah (kami ada kongsikannya di artikel ini), akhirnya Tauke melalui Sinar Harian mengesahkan perkara tersebut malah turut memberi tahu bahawa [...]