(Tahniah!) Nija AF1 dah selamat bernikah

Sunday, January 31, 2010 16:47
Posted in category Gambar, General

Gambar kahwin Nija AF1Agak lama juga tidak mendengar berita dan juga perkembangan artis kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim pertama ini, tup-tup Utusan Online hari ini melaporkan yang Nija atau nama penuhnya Siti Harnizah Tahar, 27, telahpun selamat dinikahkan dengan pasangannya Zulkarnain Ismail, 26, di kediamannya di Taman Bukit Saujana, Johor Bahru malam tadi.

Nija menerima mas kahwin sebanyak RM200 dan wang hantaran RM20,000. Pihak lelaki membawa sembilan dulang berbalas 11 dari pihak Nija dan majlis persandingan kedua-dua belah pihak dilangsungkan hari ini.

Oleh itu, kitorang kat Zon Artis mengucapkan tahniah kepada Nija dan juga pasangan kerana telah selamat di’ijab kabul’kan. Semoga perkahwinan kalian ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin.

NOTA: Gambar sekitar majlis persandingan akan diupload kemudian. Itu pun kalau ada ler :)

Related Posts with Thumbnails

Tempat telak iklan yang sungguh berkesan dan berbaloi
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “(Tahniah!) Nija AF1 dah selamat bernikah”

  1. 1tomyam says:

    January 31st, 2010 at 5:00 pm

    moga cepat dapat anak hehehe

    [Reply]

  2. Si Naga says:

    January 31st, 2010 at 5:06 pm

    alhamdulillah dah kawin..

    [Reply]

  3. nena says:

    January 31st, 2010 at 10:15 pm

    tahniah nijaaa………..

    [Reply]

  4. syikin says:

    February 1st, 2010 at 12:58 am

    shoutmix box ada x d sini?

    [Reply]

Leave a Reply

Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D



[close]