
Bermula pada hari ini (1 Februari 2010), Chef Wan yang kita kenal sebagai Chef paling popular kat Malaysia dan seantero dunia ni akan bergelar Datuk kerana Chef Wan secara rasminya akan dimahkotakan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Dipertuan Agong dan kerajaan Malaysia.
Bagi kitorang kat Zon Artis ni, Chef Wan (Opss.. Datuk Redzuawan actually. Hee..) sememangnya layak menerima anugerah ini kerana jika dilihat pada sumbangan beliau dalam mengangkat nama Malaysia ni di mata dunia, ianya begitu besar sekali walaupun hanya melalui program masakan beliau.
Dan mungkin ramai yang tidak tahu, Chef Wan sepatutnya sudah lama memegang gelaran ini kerana sebelum ini beliau telah 4 kali menerima tawaran namun kesemua tawaran yang diberikan kepadanya itu ditolak dengan baik kerana Chef Wan mengatakan yang dia belum bersedia untuk memikul peranan dan gelaran yang disifatkan’nya cukup terhormat.
Untuk makluman semua juga, selain menerima gelaran Datuk, Chef Wan juga telah diberikan kepercayaan oleh Kementerian Pelancongan dengan menamakan November sebagai `Bulan Chef Wan` iaitu bulan yang dikhususkan untuk beliau menganjurkan pelbagai program masakan di seluruh negara. Fuh! Memang kitorang tabik spring la kat Chef Wan.
Oleh itu, kami di Zon Artis mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Chef Wan diatas anugerah yang diterima ini dan semoga karier Chef Wan akan terus sukses sekaligus dapat mendekatkan lagi dunia kepada Malaysia.









Dr House says:
February 1st, 2010 at 8:47 am
Tahniah kepada Datuk. Datuk memang layak. Panggil apa lepas ni. Datuk Wan
[Reply]
mawy Reply:
February 1st, 2010 at 9:31 am
datuk wan kata,dia lebih suka org masih panggil dia sbg chef wan@abg wan..huhu
[Reply]
mawy Reply:
February 1st, 2010 at 9:39 am
haiyo…..another boring day..
[Reply]
Dr House Reply:
February 1st, 2010 at 11:12 am
Tokwan… hehe..
[Reply]
NoorAfzan says:
February 1st, 2010 at 10:21 am
congrats to chef wan..
rezeki dapat menantu kot~
[Reply]
ROHAIFI AZRI says:
February 1st, 2010 at 10:42 am
TAHNIAH!!!
dapat dari YDPA lagi tu!!!
[Reply]
nena says:
February 1st, 2010 at 7:59 pm
tahniah datuk chef wan
[Reply]
peminat jamal says:
February 2nd, 2010 at 6:57 pm
harap lepas ni Datuk Jamal Abdillah,Datuk A.Halim,Arwah Datuk S.Jibeng,Insyaallah.Tapi saya keliru dgn Datuk Yahya Sulong,katanya dapat anugerah dari Perlis,cari kat senarai resmi Kjaan Perlis tiada pula namanya sebagai penerima anugerah.Ada sesiapa boleh tolong jelaskan.
[Reply]
mia says:
February 4th, 2010 at 9:01 pm
tahniah~
[Reply]