(Tahniah!) Black Juara Mentor 3

Monday, July 13, 2009 2:47
Posted in category General

Black Juara Mentor 3

Mentor musim ke-3 baru sahaja melabuhkan tirainya pada malam tadi dimana pada konsert akhir ini menampilkan persembahan dari 3 finalis iaitu Black, Fira dan juga peserta yang diberi peluang ke-2 iaitu Chaq. Setelah masing-masing menunjukkan kebolehan dan diadili oleh juri profesional. juri awam dan juga undian SMS dari penonton, akhirnya gelaran juara disandang oleh Black iaitu protege kepada Mas Idayu.

Walaupun di awal kemunculan kehadiran Black di dalam Mentor 3 ini tidak berapa dirasai berbanding abang kepada juara AF6 iaitu Chaq, protege kepada Ajai. Namun siapa sangka, tuah dan juga kehebatan vokal yang dimiliki oleh Black mampu mengangkatnya sebagai Juara. Tahniah Zon Artis ucapkan kepada Black.

Berikut adalah artikel yang disalin dari website Gua:

Berbaloi juga lah Black dirotan mentornya, Mas Idayu. Segala kesakitan yang dialami pasti terubat dengan wang tunai RM100,000 yang dimenangi termasuk sebuah kereta Kia Spectra 5. Buat Mas Idayu, tak sia-sia segala masa dan usaha yang telah dilaburkan ke atas protegenya itu yang berjaya membanggakannya malam ini serta membolehkannya memenangi wang tunai RM100,000.

Gelaran pemenang sememangnya milik Black yang berjaya menonjolkan bakat nyanyiannya bukan saja pada malam ini tetapi sepanjang tempoh pertandingan. Walaupun ketika duetnya bersama Mus (May) dan Shamrin (Fotograf) untuk medley lagu “Alam Fana Cinta” dan “Sinar”, suaranya ditenggelami vokal kedua-dua otai tersebut, namun secara keseluruhannya, pretasinya nyata lebih baik berbanding Fira (mengikut komen juri, dia seharusnya memberi pengkuhususan pada satu genre muzik yang ingin ditampilkan) dan Chaq (jelas kedengaran kelemahan dan kebatasan vokalnya pada persembahan malam ini).

Kemenangan Black juga sekaligus membuktikan akhirnya rakyat Malaysia dapat menilai bakat seseorang itu bukan hanya berdasarkan pada kecantikan rupa fizikal. Diharapkan selepas ini penonton tidak akan terlupa kata-kata Zainal Abidin, selaku juri malam ini – “Orang tak lawa macam kita yang boleh menyanyi sebenarnya.”

Ada ketika itu bimbang juga jika Black gagal meraih kemenangan apabila juri awam memberikan Chaq markah tertinggi, sebanyak 19 markah sementara Black dan Fira masing-masing hanya mendapat 14 dan 13 markah. Namun, bila diambil kira keputusan juri (50%) dan undian SMS (30%), Black memperolehi keputusan cemerlang dengan markah keseluruhan sebanyak 75.0 menewaskan Chaq dengan markah 52.8 dan Fira, 35.6.

Walaupun tewas, Chaq dan Fira tidak pulang dengan tangan kosong. Masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 dan RM10,000, begitu juga mentor mereka.

- by Gua

Mentor 3

Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada semua finalis kerana berjaya sampai ke peringkat akhir. Sekurang-kurangnya, kamu semua tidak pulang dengan tangan kosong seperti program realiti popular yang satu tu. Huhu..

Related Posts with Thumbnails

Tempat telak iklan yang sungguh berkesan dan berbaloi
You can leave a response, or trackback from your own site.

21 Responses to “(Tahniah!) Black Juara Mentor 3”

  1. MrRoll says:

    July 13th, 2009 at 5:28 am

    Kesian black ni asik kene kate muke die buruk je..aku tengok reaksi dia pon tau die sedey+marah..

    [Reply]

    aloqmalai Reply:

    kalau x silap aku la kan…dia sendiri pun ada wat statement camtu waktu awal2..statement2 sedey2 tu..x kisah la oi,papa pn dia dah menang..
    **guna la duit tu wat plastic surgery..jd ala2 MJ…hahahah

    [Reply]

  2. Mr.Bintang says:

    July 13th, 2009 at 7:13 am

    dah la dpt 100k.. dpt keta lak sejibik.. kia specmata plak tu… huuu…
    bestnye dpt adiah camtu.. hehe.. jeles..

    tp tu lah.. itu pun atas usaha diowg gak..

    kite kalau nk dpt wet bebanyak pun kene usaha gak.. hahaa.. ape lari tajuk ke komen aku ni..? :D

    [Reply]

  3. ayuDear says:

    July 13th, 2009 at 12:28 pm

    black memang best… walo pun x vote die ekekeee…

    [Reply]

  4. paan says:

    July 13th, 2009 at 1:50 pm

    tahniah black..memang minat ngan mamat tue..

    [Reply]

  5. taiko says:

    July 13th, 2009 at 2:50 pm

    Bolehlah minta Black belanja aku roti canai

    [Reply]

  6. chekdenoor says:

    July 13th, 2009 at 8:29 pm

    Harap sangat ada pihak yang akan buatkan album kepada pemenang RM100K jangan lupa lirik….walaupun badan besar tapi suara best…muka manis………

    [Reply]

  7. zai says:

    July 13th, 2009 at 8:37 pm

    jgn bimbng black..pasni awek2 msti kejar ko..kui..kui..

    [Reply]

  8. azizan4444 says:

    July 13th, 2009 at 9:09 pm

    tabik spring la ko bro..padan muke mntor chaq.korang taw sape?hahaa

    [Reply]

    aloqmalai Reply:

    ini gua setuju..mamat tu punya la sempoi berbakat..tp salah dapat mentor..habis lingkop semua…
    **mentor yg ntah papa…cehhh!!!

    [Reply]

  9. Bangau says:

    July 13th, 2009 at 10:27 pm

    aku sokong black..moger berjaya !!

    [Reply]

  10. x-po says:

    July 14th, 2009 at 1:58 am

    i hate reality show..xpenah tgk pun..huhu

    [Reply]

    azizwan(dot)com Reply:

    reality show best apa? hahaha..

    [Reply]

  11. harun says:

    July 14th, 2009 at 6:04 am

    tahniah kepada black
    , cuma aku tak suka kat mas idayu , selalu dok gemgam tangan black
    , black apa lagi naik syok la dapat raba tangan mas idayu

    [Reply]

  12. harun says:

    July 14th, 2009 at 6:10 am

    ini hanya realiti show saja
    , kejab ja panas lepas tu tenggelam la
    , tengok la berapa ramai artis buatan dari af , malaysia idol dan mentor yang hilang , ini semua propanganda barat nak sesatkan remaja sekarang yang semakin hilang pedoman hidup , mudah terleka dengan hiburan , kalau buat ceramah agama atau apa 2 berkaitan agama , berapa kerat je remaja yang datang , kalau buat konsert maksiat penuh stadium bersorak campur laki pompuan , bersentuhan lagi

    [Reply]

  13. broskl says:

    July 14th, 2009 at 10:07 pm

    aku perasan suara Black time nyanyi lagu baru dia tu mmg sedap la..lg satu aku rasa suara dia mmg sesuai la klo nk gantikan Lan meet uncle hussin..sapa setuju..?

    [Reply]

    mojaco Reply:

    setuju2!!!!…mmg btul la bro klu lame2 dgr suara black mmg mcm lan MUH

    [Reply]

  14. harun says:

    July 17th, 2009 at 8:28 pm

    sepanjang tahun penuh dengan rancangan realiti tv , atuk , nenek , makcik pak cik , mak ayah adik kakak dan abang sokong bukan main
    kalau budak tu masuk pertandingan nasyid ke atau mengaji tak pe juga
    ini menyanyi , maksiat penuh
    ini yang kita dok sokong
    saya minta tahun depan tak payah buat apa2 rancangan langsung la lagi bagus
    penganjur untung la hasil sms , kita yang pokai
    padan muka

    [Reply]

  15. ilhamputra says:

    July 21st, 2009 at 8:48 pm

    black memang best la.hehe siap kena ajar dengan rotan tu

    [Reply]

  16. cek mek molek says:

    July 29th, 2009 at 10:50 pm

    muler2 aku tgk Black nyanyi LAGU UNTUKMU mase konsert pengenalan, aku tutup telinger,sbb aku rase xbest..!!pastu langsung aku xtgk dh mentor 3.Ntah cmne,mggu yg ke baper ntah, aku tedengar ade peserta nyanyi nada tinggi lagu SRIKANDI CINTAKU,tibe2 aku rase cam best lak sora budak tuh.Bile aku p hadap tv, ruper2nye sore Black,trus on the dot,aku minat Black.Start mlm tu, aku search lik konsert mentor yg ade Black wt pesembahan,mmg aku tertarik,sedap sora die time nyanyi lagu MANIRA, SELANGIT,SRIKANDI CINTAKU..n sjk mggu tu, aku pn follow mentor lik n sokong Black smpi die jd JUARA..

    [Reply]

  17. Survey: Wajarkah Black (Juara Mentor 3) sertai MUH? | Zon Artis says:

    July 31st, 2009 at 7:34 am

    [...] kemenangan Black untuk program realiti Mentor musim ke-3 yang kami terbitkan sebelum ini (nak baca? klik di sini), ada sesetengah komenter yang mengatakan bahawa juara Mentor musim ke-3 ini memiliki vokal yang [...]

Leave a Reply

Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D



[close]