
Pada pagi tadi, telah berlangsung majlis pernikahan Along Raja Lawak dan juga Zila AF4 yang mana ianya dilangsungkan di Masjid Felda Lui Selatan 1, Bandar Seri Jempol.
Dengan dua kali lafaz, Along Raja Lawak sah bergelar suami kepada Zila AF4 dengan mas kahwin’nya RM200 berserta wang hantaran berjumlah RM17,119 dan tujuh dulang hantaran. Pihak Zila pula membalas dengan sembilan dulang hantaran.
Apa yang menariknya, dulang hantaran kedua-dua belah pihak disediakan oleh isteri Mawi, Ekin dari ME World Collection dengan konsep warna emas (Along) dan perak (Zila).
So, seperti biasa, kami di Zon Artis mengucapkan tahniah kepada Along dan Zila kerana telah menjadi suami isteri. Semoga bahtera yang dibina berkekalan sehingga akhir nyawa.
+ Sumber Berita: mStar Online






nena says:
January 23rd, 2010 at 9:56 pm
tahniah utk psgn pgantin…..hati sedih lg ni tok sultan da mangkat…..
[Reply]
GadisAyu says:
January 24th, 2010 at 10:53 am
tahniah.semoga berbahagia
[Reply]
arieza says:
January 25th, 2010 at 12:58 am
yeah akhirnye along yg comel itu kawen
tahniah
[Reply]
yatie says:
January 25th, 2010 at 1:47 am
tahniah..smoga bahagia ke akhir hayat..jngn jadi mcm kebanyakan artis skang, kawin kawin, cerai..mintak jauh seme tu ek,tahniah..
[Reply]
sizzling_high says:
February 5th, 2010 at 11:50 am
slamat pengantin baru…smg kkal ke ank cucu
[Reply]
cHIpSmORe.. says:
February 15th, 2010 at 2:06 pm
MMG CWIT CGT2 DIORG NY…
[Reply]