
Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali dengan gelaran Datuk K yang juga suami kepada penghibur nombor satu negara, siapa lagi kalau bukan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin diberitakan terlibat dengan kemalangan.
Seperti yang dilaporkan, Datuk K terlibat dalam kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand pada Khamis kira-kira 12.45 tengah waktu Malaysia (4.45 petang waktu New Zealand). Punca kemalangan belum diketahui.
Kerana kemalangan itu, Datuk K mengalami patah bahu selain cedera pada tangan serta kaki. Agak serius juga kecederaan yang dialami. Bagaimanapun, keadaan Datuk K dilaporkan stabil dan tidak membimbangkan. Syukurlah~
Psstt: Tolong kami G+ kan post ini~





