Siti Sarah Belum Yakin Untuk Menyanyi Selepas Bersalin

Friday, May 11, 2012 9:54
Posted in category General

Siti Sarah Raisuddin

Sejak melahirkan anak pertama, Uwais Alqarni, pada Disember tahun lalu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin mengakui yang dia masih kurang yakin untuk merakamkan lagu baru buat masa ini.

Sarah berkata, dia merasakan vokalnya kurang mantap seperti sebelum ini dan beranggapan hal itu mungkin terjadi kerana kesan daripada melakukan pembedahan ketika melahirkan Uwais.

Menurut Sarah:-

“Buat masa ini, saya belum bersedia untuk menyanyi walaupun bakal muncul dengan ‘single’ lagu terbaru yang masih lagi sedang dalam pembikinan oleh komposer Aidit Alfian.

“Memang saya rasa vokal kurang mantap. Sukar untuk saya gambarkan bagaimana rasanya ketika merakamkan suara, tak macam dulu. Perut saya seperti berangin saja.

“Walaupun orang kata menjadi perkara normal untuk seorang wanita yang lepas bersalin, salah tanggapan itu kerana vokal yang bagus mampu bertahan sehingga usia 63 tahun jika tahun teknik penjagaannya,”

Sementara itu, ditanya bagaimana kehidupannya sejak lima bulan bergelar ibu, Sarah cukup bahagia dan seronok menjaga anak kecilnya itu bersama suami, Shuib.

“Setiap kali melihat wajah Uwais, saya rasa bersyukur sangat kerana memilikinya. Malah walaupun masih kecil lagi, dia sudah pandai mengambil hati saya dan Shuib (Sepahtu).

“Selamatlah, dia tidak banyak ragam apabila saya dan Shuib sibuk bekerja, tetapi apabila dia bersama saya, bukan main lagi dia nakkan perhatian,”

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D