
Selepas berjuang selama 5 minggu, akhirnya Sidi atau nama sebenarnya Mohd Rashidi Mohamad Isa terpaksa akur dengan keputusan undian SMS yang tidak berpihak kepadanya malam tadi sekaligus mengikut jejak Rubisa dan Zizi yang terpaksa meninggalkan Akademi Fantasia di konsert sebelumnya.
Sidi yang menyanyikan lagu Cinta Yang Sempurna berduet dengan juara AF2 iaitu Zahid gagal memikat hati penonton walaupun Sidi sudah bertungkus-lumus memperbaiki kelemahannya setiap kali melakukan persembahan.
Konsert minggu ke-5 ini menampilkan kelainan sekaligus mewujudkan transformasi apabila buat julung kalinya setiap pelajar diberi peluang berduet dengan bintang Akademi Fantasia (AF) terdahulu seperti Vince, Zahid, Mila, Farah, Marsha, Yazer dan Heliza disamping penampilan istimewa Zul 2 by 2 (suami Isma) dan juga Aliff Aziz (artis Singapura).
Konsert yang diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil ini menyaksikan duet pelajar wanita iaitu Claudia & Vince (Kau Muzik Di Hatiku), Aishah & Aliff Aziz (Dua Hati Menjadi Satu), Isma & Zul 2 By 2 (Kau Mawarku).
Manakala persembahan pelajar lelaki adalah Yazid & Yazer (Terharu), Aril & Marsha (Aku Dan Dirimu), Qhaud & Heliza (Dibius Cinta), Hafiz & Mila (Terlanjur Cinta) dan Akim & Farah (Jika Kau Tiada).
sumber: murai.com.my
Zon Artis: Siapa pula yang akan tersingkir selepas ini?





