“Saya Serahkan Segala-galanya Pada Allah” – Norish Karman

Tuesday, July 31, 2012 17:55
Posted in category General

Berhubung penyebaran gambar-gambar seorang wanita di atas katil sebuah hospital swasta dengan bayinya yang didakwa sebagai pelakon Norish Karman sebelum ini, Norish akhirnya tampil memberi respon pada Harian Metro:-

NORISH KARMAN “Lagi orang cakap rezeki saya lagi banyak. Allah akan bagi rezeki kepada orang yang teraniaya. Peminat juga tak pandang serong terhadap saya biarpun isu ini kecoh diperkatakan. Mereka datang peluk saya apabila berjumpa saya.”

“Saya hanya takut Allah dan tak takut dengan pandangan serong manusia. Apapun saya serahkan pada Allah untuk menilai. Zaman nabi dulu, ada juga yang kena masuk penjara, difitnah dan macam-macam lagi tapi akhirnya darjat mereka diangkat tinggi sebagai khalifah. Inikan pula saya manusia kerdil. Ini adalah ujian daripada Allah untuk angkat darjat saya.”

“Saya tak melatah dengan mana-mana media pun untuk marah. Cukuplah dia dikutuk Allah kerana buka keaiban orang. Siapa yang buka keaiban orang akan dianiaya Allah nanti. Saya serahkan segala-galanya pada Allah untuk menentukan.”

Psstt: Pelik tapi benar! Lelaki ini mempunyai kulit seperti getah

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D