“Saya Bukan Isteri Menteri Dan Masih Solo” – Zahida Rafik

Thursday, April 26, 2012 10:57
Posted in category General, Kontroversi

SKANDAL ZAHIDA RAFIK SHAFIE APDAL Zahida Mohamed Rafik atau lebih dikenali dengan nama Zahida Rafik sekali lagi menegaskan yang dia masih lagi solo, belum mendirikan rumah tangga dengan mana-mana lelaki termasuk dengan seorang menteri yang dikaitkan dengan dirinya berhubung pemberian wang sebanyak RM1.5 juta.

Dalam penampilan pertamanya di khalayak bagi menjelaskan isu hangat itu, Zahida menarik perhatian bahawa segala kisah yang tersebar sejak kebelakangan ini yang mengaitkan’nya dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal adalah fitnah semata-mata.

“Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan beliau (Mohd. Shafie) ketika hadir ke beberapa buah majlis, tetapi saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Saya cuma tahu beliau seorang menteri.

“Lagipun desas-desus yang mengatakan saya sudah berumah tangga dengan beliau juga tidak benar kerana sampai sekarang saya masih solo. Saya anggap apa yang berlaku ini cuma gosip yang menjadi lumrah kepada kehidupan seorang artis,”

Menurut Zahida lagi ketika ditemui pada majlis pelancaran aksesori Nur Of Alexandria di Kuala Lumpur semalam, dia sendiri hairan kenapa namanya dikaitkan dengan kontroversi tersebut dan tidak menolak kemungkinan ia turut bermotifkan politik.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to ““Saya Bukan Isteri Menteri Dan Masih Solo” – Zahida Rafik”

  1. Azman says:

    April 26th, 2012 at 11:29 am

    Hanya Allah saja yg tahu benar atau tidak.

    [Reply]

  2. Gile Title "Datin" says:

    April 27th, 2012 at 11:06 am

    VIP dan VVIP memang lemah lutut kalau tengok wanita2 rambut blonde..dan berbody mantop! Yg kat rumah tu semuenye dah beruban dan dah gayot…so nasiblah! Jangan salahkan orang..best woman win! Kalau dapat duit senang, why not…dah orang nak bagi!

    [Reply]

  3. jenny says:

    April 27th, 2012 at 2:16 pm

    sorry ye zahida! memang tak boleh nak percaya ok, if u betul 2 dapat income frm biz,did u paid income tax b4? how much u paid for ur company? saya masih keliru setengah artis ini lagak dan sombong give answer mereka kerja keras dapatkan ini smua!betuke? i pun tak tahu kerja apa yang diorang buat, bank pun satu if normal ppl minta loan banyak sangat peraturan,if arts minta juata2 bagi terus,camame ini, ni smua duit sape? duit rakyat kan,come on frendz dnt trust mereka lagi! mereka sanggup jual apa saja untuk dapatkan duit. if zahida betul 2 insaf terus minta maaf kat malaysia,its ok orang malaysia kan baik hati cepat ampun dosa kamu!

    [Reply]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D