
Nampaknya, Hafiz AF7 enggan memberi sebarang komen terhadap tuntutan saman berjumlah lebih RM200,000 yang dibuat oleh bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro, Nur Haniza Mohd Azhar terhadapnya.
Seperti kata Hafiz:-
“Saya tidak mahu komen kerana bimbang sekiranya saya tersalah cakap, ia akan mendatangkan masalah yang lebih besar kepada saya,”
Menurut Hafiz lagi, kes ini sudah melibatkan mahkamah dan lebih baik sekiranya peguam dan pihak pegurusannya yang memberi sebarang kenyataan.
NOTA: Jika anda masih belum tahu mengenai kes tuntutan saman yang dibuat oleh bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro terhadap Hafiz ini, anda boleh baca post terdahulu DI SINI. Semuanya jelas di situ.





