‘Sakinah’ Dakwa Isteri Ashraf Muslim Rela Dimadu

Wednesday, May 8, 2013 14:20
Posted in category General, Gosip, Kontroversi, Panas

ASHRAF MUSLIM KAHWIN LAGI DAN ISTERI RELA DIMADU

Nampaknya kisah rumahtangga pelakon Ashraf Muslim semakin menjadi perbualan ramai apabila seorang wanita bernama Sakinah tampil memberi penjelasan mengenai kesahihan bahawa adakah benar aktor kacak itu mahu berkahwin buat kali kedua.

Sakinah membuat pendedahan menerusi Harian Metro hari ini dengan mengatakan yang dirinya sudah lama mengenali Ashraf sebelum pelakon itu berkahwin dengan isterinya, Noor Dayana dan mengakui pernah bersemuka dengan isteri Ashraf itu.

Seperti kata Sakinah:-

“Saya kenal dia (Ashraf Muslim) sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun sudah mengenali saya dan kami sudah berjumpa bercakap mengenai hal ini. Cuma dia pesan, kalau boleh elakkan perkahwinan. Bagaimanapun, jika ia berlaku, dia redha.

“Saya sudah melakukan solat Istiqarah dan Allah sudah memberikan petunjuk. Bagaimanapun perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Lagipun saya harus menjaga hati banyak pihak, bukan saya keluarga saya, tetapi juga keluarga Ashraf dan isterinya.

“Sejujurnya, saya terkejut dan sedih apabila perkara ini diketahui umum serta kecoh di Internet. Kalau diikutkan, saya tidak boleh beri apa-apa komen sebab yang lebih layak bercakap mengenai hal ini ialah Ashraf,”

Ura-ura sebelum ini menyebut, Ashraf telah berkunjung ke sebuah Mahkamah Syariah untuk mendapatkan kebenaran berkahwin dua atas sebab setelah hampir tiga tahun berumah tangga, mereka masih belum dikurniakan cahayamata.

Jika benar apa yang dikatakan oleh Sakinah itu, kami harap agar Ashraf dan isterinya dapat membuat perbincangan sewajarnya dan harapnya keputusan yang dibuat kelak dapat membahagiakan semua pihak yang terlibat.

Artikel terdahulu: Ashraf Muslim Enggan Komen Isu Kahwin Dua

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “‘Sakinah’ Dakwa Isteri Ashraf Muslim Rela Dimadu”

  1. Pejuang Kebenaran says:

    May 11th, 2013 at 9:08 am

    Ashraf Muslim nampak tinggi dari orang arab.. dan tiada mengatakan gambar ini fake…  dan saya akui gambar ini bukan fake…
    tetapi kenapa bila video saiful bukhari dikatakan fake apabila dia kelihatan tinggi?

    [Reply]

  2. ryu_watanabe_P.R says:

    May 11th, 2013 at 8:34 pm

    poligami hukum islam,xda siapa blh halang..jika ktentuan allah pd mrka utk bsama itu lh akn trjd..media kerajaan malaysia smemang ny hina spt pmimpin mrka..

    [Reply]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D