Saiful Apek Bebas Tuduhan Mengambil Dadah

Monday, June 25, 2012 13:27
Posted in category General

SAIFUL APEK DADAH

Kami baru sahaja menerima perkhabaran bahawasanya pelakon komedi iaitu Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek secara rasminya bebas daripada tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan dua tahun lalu. Apek dan juga tiga rakannya dibebas tanpa perlu membela diri oleh Mahkamah Majistret, Petaling Jaya.

Keputusan tersebut dibuat oleh Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap semua tertuduh dan terdapat percanggahan bukti.

Untuk rekod, Apek dan tiga rakannya sebelum itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya pada 12 Jun 2010.

Pendakwaan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Walau bagaimanapun, pada 1 November tahun lepas, Apek dan tiga rakannya iaitu Shaiful Baharom, Shah Zainatull Eshan Al Muazam Shah Yahya dan Noremy Mohamad mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D