Rumah Mawi Di Bangi Dirompak, Kerugian Hampir RM10,000

Monday, March 26, 2012 16:00
Posted in category General

RUMAH MAWI DIROMPAK

Ini agak mengejutkan kami. Rumah Mawi yang terletak di sebuah kelab golf di Bangi dilaporkan telah dimasuki perompak seramai empat orang pada awal pagi tadi, sekitar jam 4 pagi selepas Mawi pulang dari siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Sewaktu kejadian, Mawi, Ekin (isteri Mawi), anak Mawi (Cahaya Malaika), ibu mertua Mawi (Fatimah Saad), nenek mereka ( Salmah Sahar) dan pembantu rumah ada di rumah. Empat daripada mereka (kecuali anak Mawi dan pembantu rumah) telah diikat oleh perompak.

Berita baiknya, kesemua mereka tidak dicederakan. Syukur alhamdulillah. Walau bagaimanapun, Mawi terpaksa menanggung kerugian sekitar RM10,000 apabila perompak memaksa mereka menyerahkan wang dan barang kemas termasuk dompet dan telefon bimbit Mawi.

Kami pasti, sesiapa sahaja yang melalui kejadian seperti ini akan mengalami trauma apatah lagi bila perompak datang dengan senjata tajam yang boleh meragut nyawa. Kepada Mawi, Ekin dan ahli keluarga yang terlibat, harap anda tabah dan lebih berhati-hati selepas ini.

Psstt: Kenapa letak anak patung di bumper kereta?

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D