Rita Rudaini Terima SMS Ugutan Daripada Aidil Kerana Melodi

Monday, August 13, 2012 1:20
Posted in category Bermasalah, Panas

Ini panas! Kerana kenyataan yang dibuat oleh Rita Rudaini dalam Melodi yang disiarkan pada Ahad lepas, dia telah menerima SMS berbaur ugutan daripada suaminya, siapa lagi kalau bukan Aidil Zafuan. Menurut Rita, menerusi SMS tersebut, suaminya mengugut untuk memalukan Rita menerusi rancangan Melodi juga sebaik sahaja dia pulang daripada latihan di luar negara.

RITA RUDAINI TERIMA SMS UGUTAN DARIPADA AIDIL

Jika anda terlepas menyaksikan siaran Melodi tersebut, ini sedikit highlight buat anda dimana Rita yang ditemu bual wartawan Azmi Jamsari mendedahkan hatinya sudah tertutup terhadap Aidil selain kecewa dengan sikap suaminya yang dilihat tidak matang dalam menguruskan rumah tangga.

Dalam pada itu, Rita juga memberitahu yang suaminya sudah termakan hasutan pihak ketiga sehingga menyebabkan rumah tangga mereka semakin parah dan tidak dapat diselesaikan dengan baik. Walau bagaimanapun, Rita tidak menyatakan siapakah pihak ketiga yang dimaksudkannya.

RITA RUDAINI TERIMA SMS UGUTAN DARIPADA AIDIL

Berikut kata Rita mengenai SMS ugutan yang diterimanya:-

“Dia ada hantar mesej kepada Rita melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Rita dalam Melodi hari ini (Ahad). Dia ugut nak malukan Rita dalam rancangan itu juga sebaik sahaja dia pulang daripada menjalani latihan bola sepak di luar negara,”

Zon Artis: Hurm… Kalau macam ni la keadaannya, nampak gayanya kemelut rumah tangga Rita dan Aidil sudah berada di landasan yang sukar diselamatkan lagi. Jika penceraian adalah jalan terbaik supaya masing-masing boleh memulakan hidup baru, adalah baik jika ianya dipercepatkan. Selesai.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Rita Rudaini Terima SMS Ugutan Daripada Aidil Kerana Melodi”

  1. man says:

    August 24th, 2012 at 8:43 am

    cerai sahajalah sebab dua-dua tak nak mengalah..

    [Reply]

  2. sal says:

    August 30th, 2012 at 12:15 pm

    tak payah pk panjang wahai cik rita yg masih cun…drpd sakit hati baik you keluar saja dari hidupnya…maybe kat luar sana ramai lagi lelaki yg suka kat u..kalau tak pun u besarkan anak2 yg merupakan harta u yang tak ada nilainya tuhhh..

    [Reply]

  3. chris says:

    September 1st, 2012 at 8:28 am

    awal kusut, tengah kusut, hujung lagilah kusut.

    [Reply]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D