Rebecca Nur Islam Keguguran Kandungan Pertama

Thursday, June 9, 2011 22:55
Posted in category General

REBECCA NUR ISLAM KEGUGURAN ANAK PERTAMA

Nampaknya belum rezeki Rebecca Nur Islam lagi untuk menimang cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan Nor Azam Datuk Sulaiman pada Januari lalu kerana dia mengalami keguguran kandungan pertamanya yang baru mencecah usia dua bulan.

Menurut Rebecca, dia pada mulanya sakit di bahagian bawah perut dan berlaku pendarahan. Ekoran daripada itu, suaminya segera membawa’nya ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Dan apabila diperiksa, bayi dalam kandungan Rebecca sudah tidak bernyawa.

Pembedahan terpaksa dilakukan terhadap Rebecca untuk mengeluarkan bayi dalam kandungannya itu dan setelah pembedahan dilakukan, doktor menyatakan yang bayi tersebut sudah beberapa hari meninggal dunia. Maksudnya, Rebecca keguguran tanpa disedarinya.

Oleh itu, takziah kami ucapkan kepada Rebecca dan suami diatas apa yang berlaku dan harap anda redha menghadapinya. Kalau ada rezeki, insyaAllah akan dapat la cahaya mata nanti.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Rebecca Nur Islam Keguguran Kandungan Pertama”

  1. gee says:

    June 10th, 2011 at 1:18 pm

    xpe, insyaAllah lain kali mungkin ada rezki lg..

    [Reply]

  2. amalan ketika hamil says:

    June 15th, 2011 at 3:50 pm

    semoga cepat sembuh..insyaallah,ad la rezeki suatu hr nt.

    [Reply]

  3. (Gambar) Rebecca Kini Hamil 5 Bulan | Zon Artis says:

    July 15th, 2012 at 2:00 pm

    [...] namun mengalami keguguran disaat kandungannya berusia dua bulan. [...]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D