
Bukan mudah untuk memperolehi wang tunai sehingga RM75,000 dengan hanya menghantar SMS. Namun itulah yang ditawarkan oleh salah sebuah stesen radio iaitu Suria FM dalam kempen terbaru mereka.
Suria FM memperkenalkan kempen Lagu Berduit Suria FM menerusi talian SMS dan ianya merupakan ganjaran khas untuk pendengar setia Suria FM yang tidak pernah jemu memberi sokongan kepada stesen radio tersebut.
Kempen yang dibawakan oleh One Drop Perfumes ini akan bermula pada 20 Julai sehingga 16 Ogos 2009. Setiap hari, satu lagu akan dipilih sebagai lagu berduit. Sebaik sahaja lagu tersebut diputarkan, pendengar hanya perlu menaip SURIA
“Setiap hari, satu lagu akan dipilih sebagai lagu berduit pada segmen Breakfast@Suria bersama Tuah dan Zizi bermula pukul 8.00 pagi. Sebaik sahaja pendengar mendengar lagu itu, mereka hanya perlu menghantar SMS.
“Pada minggu pertama dan kedua, setiap jawapan yang betul membolehkan pendengar membawa pulang RM500. Tapi jumlah itu akan bertambah dan hanya akan diberitahu kelak. Namun, jumlahnya tidak akan ditambah jika jawapan salah diberikan tetapi peluang itu akan dibuka kepada pendengar lain,”
- Ketua Pegawai Eksekutif Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin.
Talian SMS hanya akan dibuka selama 20 minit. Sesudah itu, pihak Suria akan menghubungi pendengar bertuah yang menghantar SMS dan beliau perlu menjawab panggilan tersebut dalam masa lima saat (3 deringan) dan memberikan judul lagu berduit yang diputarkan.
Kempen yang berlangsung selama lima minggu itu akan memutarkan 25 buah lagu berduit. Setiap hari Suria akan memutarkan sebuah lagu sebanyak tiga kali. Yang pastinya, tawaran ini sememangnya amat dinanti-nantikan oleh penggemar muzik kerana ini adalah peluang mereka mendapatkan wang tunai tanpa perlu mengerah tenaga. Mudah dan menguntungkan.
Kepada kamu yang inginkan maklumat lanjut bolehlah melayari www.suriafm.com.my









Daus says:
July 20th, 2009 at 8:01 am
best
[Reply]
Sang Mi says:
July 20th, 2009 at 8:30 am
susah gak nak teka2 lagu huhu
[Reply]
chenta27 Reply:
July 29th, 2009 at 2:58 pm
x susah pun. nama lagu dan tajuk dah siap dibagi tau. cuma tunggu time lagu on air jer. sehari pun ada banyak kali lagu tu kuar. kat mstar.com.my ada lagu tu yg diupdate tiap ari. best ar…
[Reply]
zai says:
July 20th, 2009 at 10:28 am
aduyai sush gak..
tp menarik hadiah nye..hoho
[Reply]
paan says:
July 20th, 2009 at 10:57 am
hoho..satu lagi peluang nak menang…tapi malas skit kalo bab2 lagu nie.
[Reply]
ilhamputra says:
July 21st, 2009 at 8:34 pm
wah best.susah gak nak bersaing ni
[Reply]