Program Cafe Akhil Hayy diberhentikan. Baguslah!

Thursday, August 20, 2009 22:05
Posted in category Bermasalah, General

Cafe Akhil Hayy

Dengarnya, program Cafe Akhil Hayy yang disiarkan stesen televisyen berbayar Astro Oasis saluran 106 yang kini sudah memasuki musim ketiga tidak akan disambung semula kerana menghadapi kemelut dua isu yang membabitkan dua personaliti yang terlibat dalam menghidupkan program tersebut.

Walau bagaimanapun, Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, pihaknya akan menimbang semula keputusan itu selepas kedua-dua isu yang membabitkan teraju utama program itu, Akhil Hayy dan seorang lagi pelakon selesai. Pihaknya juga perlu mendapat maklum balas penonton sama ada mahu program itu diteruskan atau sebaliknya.

Menurut pengurus saluran itu juga, memandagkan Oasis adalah saluran berbayar, pihaknya berhak untuk mengambil kira pandangan penonton sama ada program tersebut patut diteruskan ataupun diberhentikan sahaja.

“Kita harus peka dengan program kita dan reaksi serta maklum balas penonton harus diambil kira. Astro mempunyai unit yang mengendalikan kajian terhadap pandangan penonton dan itu adalah hak mereka.

“Selama ini Oasis memberi laluan kepada orang yang berada di atas pentas untuk membawa imej Oasis ke jalan kebaikan dan seharusnya mereka kena pandai menjaga nama baik Oasis,”

Zon Artis: Kami menyokong 100% dengan tindakan Astro Oasis memberhentikan program tersebut kerana kami tidak mahu ianya seperti “ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus”. Dan dengan pemberitahuan ini juga, terbuktilah bahawa peserta AF5 yang terlibat dengan pengambilan dadah yang pernah kami tuliskan pada artikel (Panas) Bekas pelajar AF5 kantoi positif dadah adalah Afiq.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “Program Cafe Akhil Hayy diberhentikan. Baguslah!”

  1. x-po says:

    August 20th, 2009 at 10:12 pm

    yg mana satu afiq ek bro? aku xknl..hehe

    [Reply]

    azizwan(dot)com Reply:

    ermmm.. kalau tak silap aku, afiq yg dok kat hujung tu kot.. ala, yg pakai baju kelabu tu. huhu..

    [Reply]

  2. wikwiki says:

    August 22nd, 2009 at 12:22 pm

    yea arr tuh..

    [Reply]

  3. kreemix says:

    August 22nd, 2009 at 1:24 pm

    pertama sekali saya dan keluarga mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh keluarga islam yang membaca ruangan ni,semoga allah memberikan rahmat dan hidayah kepada kita semua di bulan yang mulia ni,dan kedua nya amat baik sekali pihak astro memberhentikan program ustaz ni,kerana rasanya dah tak sesuai ustaz ni mengendalikan program ugama sedangkan beliau sendiri menunjukan tauladan yang tidak baik terhadap bekas isteri dan anak2.

    [Reply]

  4. zai says:

    August 24th, 2009 at 1:54 pm

    bguslah..stuju sgt progrm akhil ni dberhntikan..
    dia dh xlayak membri tauladn pade org dh..org dh hilng kprcayaan..
    smoge lpas ni dia trus kluar dari dunia artis dan insaf sgale ksilapannye..

    [Reply]

  5. zue says:

    August 28th, 2009 at 9:01 am

    hmm..susah tol nak caye ngan artis yang berlabel ‘ustaz’ skang..same je.ingat ok..last2,kontoversi gak yg diorang nak bikin..adoii,malu diri sendiri jer..xpela,hope ustaz ngan ‘zaujah’ nye bahagie..

    [Reply]

  6. KHALIFAH says:

    September 30th, 2009 at 8:56 pm

    bagus3x

    buat bisnes……

    to admin
    MCM MANE NK WAT IKLAN DISINI?
    BRAPE KOS NYE

    dr.fendi
    http://ads4bucks.fendicentre.com

    [Reply]

    Admin Zon Artis Reply:

    utk detail iklan, en fendi boleh rujuk di http://zonartis.com/advertise

    [Reply]

  7. ahmad norman says:

    October 4th, 2009 at 3:42 am

    ustaz apa ni?bagusla cafe tutup..meluat tgk muka ustaz se ekor nih…

    [Reply]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D