Produk SimplySiti Halal & Dapat Kelulusan JAKIM – Dato’ Siti Nurhaliza

Saturday, August 6, 2011 7:34
Posted in category General, Gosip

PRODUK SIMPLYSITI KELUARAN SYARIKAT DATO SITI NURHALIZA TIDAK HALAL

Entah bagaimana dengan tiba-tiba timbul isu mengatakan yang produk keluaran SimplySiti iaitu berus kosmetik adalah tidak halal kerana menggunakan bulu babi. Ini kerana, kami pernah hebahkan kepada umum yang produk SimplySiti telah menerima anugerah produk halal terbaik daripada Majalah Halal Journal (boleh baca di sini). Takkan tiba-tiba pula jadi tak halal. Ke ada pihak-pihak tertentu saja nak sabotaj?

Berikutan timbulnya isu ini, Dato’ Siti Nurhaliza tidak mengambil masa yang lama untuk memberikan penjelasan sekaligus mengeluarkan kenyataan penafian melalui Twitter miliknya. Sebagai media yang menyampaikan berita dan cerita artis, menjadi tanggungjawab kami untuk menyebarkan penjelasan dan penafian Dato’ Siti Nurhaliza itu kepada umum. Walaupun kami tahu kami hanyalah sebuah media underground.

Berikut penjelasan daripada Dato’ Siti Nurhaliza:-

PRODUK SIMPLYSITI KELUARAN SYARIKAT DATO SITI NURHALIZA TIDAK HALAL
original

Sebelum itu, Dato’ Siti Nurhaliza turut mengeluarkan kenyataan:-

produk SS & berus yg digunakan dlm produk adalah mendapat kelulusan HALAL drpd jakim dan pemeriksaan adalah dibuat sblm setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha utk memastikan setiap produk mendapat kelulusan jakim.

Kami harap, anda semua jelas dengan penjelasan dan kenyataan daripada Dato’ Siti Nurhaliza itu dan bolehlah menggunakan produk SimplySiti tanpa rasa ragu dan was-was. Kepada Dato’ Siti Nurhaliza, harap anda bersabar. Adat dalam perniagaan, memang macam ni. Bila dah berjaya, ada saja pihak yang dengki dan cuba untuk menjatuhkan.

Psstt: Kalau mentega ni confirm tak halal

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Produk SimplySiti Halal & Dapat Kelulusan JAKIM – Dato’ Siti Nurhaliza”

  1. dosa zina says:

    August 6th, 2011 at 7:45 am

    harap-harap semua produk dato’ siti halal hendaknya…. :)

    [Reply]

  2. makhluk halus says:

    August 6th, 2011 at 7:47 am

    sesetengah orang kate hanya beberapa produk siti je halal….

    yang lain macam mana?

    [Reply]

  3. Muas says:

    August 6th, 2011 at 5:22 pm

    KENYATAAN RASMI DARI SIMPLYSITI
    Merujuk kepada sebaran lampiran yang terdapat di dalam blog, berikut adalah kenyataan daripada SimplySiti. Pihak kami terpaksa membuat kenyataan akhbar lebih awal memandangkan terlalu banyak pihak yang telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini. Kenyataan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham orang ramai dan melindungi imej produk kami yang dituduh menggunakan berus babi.
    Produk SimplySiti sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM sebelum sebarang produk kami diberi sesuatu kelulusan Halal. Sebenarnya, produk-produk SimplySiti serta berus yang terdapat di dalamnya yang telah mendapat pengesahan Halal tidak terbabit dengan tuduhan yang dibangkitkan tersebut. Pihak kami selama ini berkerjasama rapat dengan pihak JAKIM dalam setiap proses yang harus dipatuhi sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan orang awam. Sokongan dan bantuan yang kami terima daripada pihak JAKIM amat kami hargai dan kami banyak belajar daripada mereka kerana sebagai perniagaan yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua, pihak JAKIM adalah rakan dan pihak yang sangat komited dan paling berwibawa dalam menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengusaha-pengusaha seperti kami terutama sekali dalam proses penghasilan dan pengesahan kualiti sesuatu produk secara amnya, dan untuk piawaian Halal secara khususnya. Sebab itu proses penghasilan sesuatu produk yang ingin mendapat pengesahan Halal daripada Jakim perlu melalui proses pemeriksaan dan siasatan yang terperinci bukan hanya bagi setiap jenis bahan yang terbabit di dalam pembuatan produk, malahan premis, setiap prosesnya termasuk pengangkutan, simpanan, pengeluaran, para pekerja dan segala-galanya perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.
    Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut
    BUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi hanyalah berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut.
    Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM. Bukan itu sahaja, kami juga rasa terharu kerana kerjasama dan follow up yang kami terima daripada pihak JAKIM juga adalah pantas dan efisyen untuk kami mudah membuat apa-apa tindakan susulan dengan efektif.
    Memang sudah cita-cita dan niat Siti adalah untuk memastikan produk SimplySiti adalah halal, suci dan berkualiti. Hanya yang terbaik untuk semua para pengguna maka Siti sanggup buat apa sahaja dan akan terus berusaha memperbaiki mana-mana kekurangan walaupun proses atau usaha itu mengambil masa dan kos yang lebih sedikit daripada proses yang biasa. Sekiranya sesuatu produk itu diragui kesuciannya, kami tidak akan menjual malahan akan menarik balik dari pasaran.
    SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti. Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini. Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami.
    Sekian, terima kasih.
    Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin
    PresidenSimplySiti Sdn Bhd6 Ogos 2011

    [Reply]

  4. Kenyataan Rasmi Dari SimplySiti Berhubung Isu Produk Tidak Halal | Zon Artis says:

    August 6th, 2011 at 9:08 pm

    [...] Kalau sebelum ini kami menyiarkan kenyataan ringkas daripada Dato’ Siti Nurhaliza yang dikeluarkannya melalui Twitter (rujuk di sini) berhubung isu produk SimplySiti yang dikatakan tidak halal, kali ini kami siarkan pula kenyataan rasmi dari pihak SimplySiti yang diemelkan kepada kami serta melalui komen yang ditulis menggunakan nama Muas (di sini). [...]

  5. iman says:

    August 7th, 2011 at 8:13 am

    Di akhir zaman ni byk perkara subahat..halal dan haram dh bercampur..ummat Islam ramai dh tertipu dgn pelbagai produk yg diragui..kerana mereka sendiri tak nak mencari kebenaran..

    [Reply]

  6. uncle amran says:

    August 7th, 2011 at 8:16 am

    dengar citer produk ni dr Korea…betul ke? Kt sini ada ke kilang utk produk ni?

    [Reply]

  7. emkay says:

    August 9th, 2011 at 12:38 pm

    salam,

    Dari segi logik, buat apa JAKIM nak pegi check bulu penyapu lantai tu??
    Kalau hantar sample tentulah produk kecantikan?

    Haram tetap haram

    [Reply]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D