‘POTONG’ jadi isu PARLIMEN!!!

Wednesday, November 11, 2009 10:36
Posted in category General, Kontroversi

potong

Ahli Parlimen Malaysia ni agaknya dah takde isu nak diketengahkan di Parlimen hinggakan iklan ‘POTONG’ P1MAX pun nak dibawa hingga ke Parlimen. Banyak lagi isu penting yang ahli Parlimen kita boleh bawa ke sidang Dewan Rakyat tu. Dari dok memperkatakan isu iklan POTONG. Isu kemiskinan, isu kegawatan ekonomi, isu harga barangan yang mencanak naik, dan pelbagai lagi isu yang lebih utama dari memperkatakan mengenai iklan POTONG!

Memang la iklan POTONG tu seolah ‘double meaning’… Tapi janganlah sampai jadi isu sampai ke Parlimen. Walhal banyak lagi iklan-iklan yang menyentuh sensitiviti masyarakat tidak pula diendahkan oleh ahli Parlimen kita ni. Iklan seksi-meksi, selak sana buka-buka sini, iklan arak, malah iklan nombor-nombor ekor dalam akhbar-akhbar melayu lagi ar teruk berbanding iklan POTONG tu.

Jom layan isu iklan POTONG ni yang dibawakan khas oleh malaysiakini.com :

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengkaji penyiaran iklan P1 Wimax broadband yang menimbulkan kontroversi apabila menggunakan perkataan ‘potong’ secara berulang-kali dalam iklan itu.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Saei Kie berkata kandungan iklan itu sedang dalam pertimbangan forum kandungan SKMM untuk menentukan sama ada ia bercanggah dengan kod kandungan yang sepatutnya.

“Bagaimanapun untuk makluman semua, iklan sebelum boleh disiarkan mesti mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya kementerian ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di peringkat dasar bagi kementerian berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) mencelah penggulungan Heng bagi meminta kementerian menghentikan penyiaran iklan itu yang dikatakan boleh disalah tafsir. “Bila kita kata potong ini… lucah sangat la… kita faham (tukar penggunaan talian internet kepada jalur lebar) tapi bagi sesetengah orang, potong itu maknanya potong itulah (merujuk kepada amalan bersunat). Saya ingat kalau boleh minta menteri iklan itu dipotonglah,” katanya.

Bagaimanapun hasrat Mohamad untuk berhujah mengenai pengwujudan Tabung Kebajikan Penggiat Seni ditegur Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meminta beliau meringkaskannya.

“Yang Berhormat, sila ringkaskan, saya tidak mahu menggunakan perkataan ‘potong’ pada Yang Berhormat,” katanya, berseloroh. Mendengar teguran itu, Mohamad segera menghentikan hujahnya dengan berkata: “Jadi begitu saya tidak kena potonglah,” yang mengundang ketawa anggota dewan. BERNAMA

Dicatat oleh : “sekuk tawar kecik cicoh kopi-O”

Related Posts with Thumbnails


- don't forget to check out our advertisement below -

  • Cara panjangkan zakar, cara besarkan zakar, cara besarkan payu dara cara memanjangkan zakar, cara membesarkan zakar, petua seks

You can leave a response, or trackback from your own site.

19 Responses to “‘POTONG’ jadi isu PARLIMEN!!!”

  1. ParlieWalla360 says:

    November 11th, 2009 at 11:19 am

    Wah iklan ni dah semakin popular la….siap masuk parliemen tu….

    [Reply]

    azizwan(dot)com Reply:

    aku ingatkan ‘parlimen’ yg mengomen ni td.. rupanya ParlieWalla360. ngehe :)

    [Reply]

    wikwiki Reply:

    bnyi mcm dekat2 nick dia azizwan..

    [Reply]

  2. azizwan(dot)com says:

    November 11th, 2009 at 11:19 am

    hahaha.. wlpn ambo pengguna streamyx, tp ambo sdh POTONG ok! :lol:

    [Reply]

    ROHAIFI AZRI Reply:

    ambo pun dah lama ‘potong’…
    memang berbaloi kan azizwan…!
    uiks! :-D

    [Reply]

    azizwan(dot)com Reply:

    aha bro.. memang berbaloi-baloi :)

    [Reply]

    wikwiki Reply:

    ni potong tang mana nih??hahaha

    ROHAIFI AZRI Reply:

    buat-buat tanye plak wikwiki ni…
    nak kene potong skali lagi ke ape…
    :-D

    wikwiki Reply:

    hahaha..bro ro..tak mau..tak mau..
    orng sibuk nk double saiz..ni nak potong2..haha..

    ROHAIFI AZRI Reply:

    pi amik tebuan sesarang, taruk kat tempat tu, bukan stakat double, malah lebih dari triple saiz akan diperolehi… :-D

    wikwiki Reply:

    arkkk..tebuan..gile kembang nanti bro..hahaha..tp dapat saiz yng anda idam kan..btol tak admin?

  3. joyah says:

    November 11th, 2009 at 11:31 am

    hahaha………suda potong ka………

    [Reply]

    azizwan(dot)com Reply:

    of course..

    [Reply]

    wikwiki Reply:

    of coz..yng tersirat lah..

    [Reply]

  4. dora says:

    November 11th, 2009 at 6:10 pm

    kepala menteri nih nk kena poton, org suh buat keje dia sibuk tengok tv.. itu yg dia tahu pasai iklan nih… ngabih wit aku bayo gaji dia jer

    [Reply]

    ROHAIFI AZRI Reply:

    hahaha… betul tu dora!
    banyak lagi isu lain yg lebih
    PENTING!!!
    .
    DORA nak POTONG kepala pak menteri,
    kepala yg mana tu…? uiiikkkkksssss!!!! :-D

    [Reply]

    joyah Reply:

    yer la nampak sgt tgk tv menteri kita…….adakah keje sebyk mereka tgk tv?………hanya mereka dan keluarga meraka jer yg tau

    [Reply]

  5. PoJiePooh says:

    November 11th, 2009 at 6:26 pm

    Ntah apa² la depa nih!
    Bawa isu yg remeh temeh, dah xde idea lagi la macam mana nk membangunkan rakyat..
    Malas nk cakap la..

    [Reply]

    joyah Reply:

    sbb tu la joy dah malas nak tgk debat2 menteri ni…byk merapu dari yg membina…………aishyy

    [Reply]

Leave a Reply

Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D



[close]