Positif Dadah – Apek Mungkin Akan Dipenjara

Friday, February 17, 2012 11:25
Posted in category General

SAIFUL APEK DADAH

Mungkin ada yang sudah tahu, dan mungkin ada yang belum tahu atau sudah terlupa. Tahun lalu, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohamad Saifulazam Mohamed Yusuf bersama tiga rakannya termasuk seorang wanita telah ditahan polis selepas serbuan dibuat di sebuah kondominium di Bandar Sunway.

Dalam serbuan pada 10 Jun 2010 itu, Apek bersama rakan-rakannya diarahkan membuat ujian air kencing dan hasil dari ujian air kencing tersebut, Apek dan tiga rakannya itu didapati positif dadah jenis ganja.

Ekoran daripada itu, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan boleh dipenjara selama dua tahun atau denda maksimum RM5,000 jika didapati bersalah. Perbicaraan kes yang berlangsung beberapa hari lalu dijadualkan bersambung semula pada 27 Mac akan datang.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Positif Dadah – Apek Mungkin Akan Dipenjara”

  1. siputbaby88 says:

    February 24th, 2012 at 6:07 pm

    eloklah dia berehat dipenjara tu..sekurang2nya dapat mengisafi dirinya..

    [Reply]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D