Pierre Andre Rancang Tamatkan Zaman Bujang Jun Ini

Monday, March 4, 2013 22:44
Posted in category Gambar, General

GAMBAR TUNANG PIERRE ANDRE

Pierre Andre yang telah selamat bertunang dengan seorang gadis yang dikenali dengan nama Hidayah atau nama penuhnya Siti Nurhidayah Hashim pada 9 Februari lalu telah mengesahkan akan melangsungkan pernikahan pada Jun ini. Menurut Pierre, dia tidak mahu melambatkan pernikahannya dengan gadis berusia 25 tahun itu kerana ingin mengelakkan fitnah.

“Kalau boleh saya nak nikah dengan dia secepat mungkin. Bukan apa, bila saya dah berhijrah ini saya rasa saya perlu nikah dengan dia supaya orang tak bercakap tentang kami. Bila hubungan kami tak ada ikatan, orang mudah menilai kami,”

GAMBAR PERTUNANGAN PIERRE ANDRE

Bercakap mengenai majlis pertunangannya yang dibuat tanpa pengetahuan media, Pierre menjelaskan yang dia tidak berniat mahu menyembunyikan perkara tersebut dari media kerana mahu majlis berjalan lancar dengan dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.

“Saya tak ada niat pun nak sorok benda ini dari media. Cuma memang asalnya kami nak buat antara keluarga sahaja. Tapi sekarang tahulah dengan teknologi, orang boleh memuat naik gambar dengan begitu pantas,”

“Lagipun dalam perkahwinan itu nikah yang penting. Saya akan jemput dan uar-uarkan tarikh pernikahan saya nanti kepada pihak media. Saya faham yang selebriti seperti saya memerlukan pihak media khususnya dalam memberitahu peminat dan orang di luar sana bahawa saya sudah berkahwin,”

GAMBAR PERTUNANGAN PIERRE ANDRE

Menurut Pierre, dia sudahpun memulakan urusan persiapan perkahwinannya itu. Namun begitu, Pierre memberitahu yang dia hanya akan menjalankan upacara akad nikah sahaja pada Jun ini manakala majlis resepsi pula akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Sumber berita: Media Hiburan | Foto: MIG Online

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D