PESAWAT Lancar Muzik Video ‘Menjelang Syawal’

Friday, August 10, 2012 2:10
Posted in category General, Lagu & Lirik, Video

LAGU RAYA TERBARU

Bersempena menyambut hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi, band yang menggunakan nama PESAWAT telah melancarkan sebuah muzik video bagi lagu raya mereka yang berjudul ‘Menjelang Syawal‘. Muzik video tersebut diarahkan oleh Razaisyam Rashid yang pernah turut terlibat dalam menerbitkan muzik video pertama PESAWAT iaitu ‘Mirage’.

Muzik video ‘Menjelang Syawal’ mengambil konsep filem pendek di mana jalan ceritanya telah diadaptasi dan diolah semula dari sebuah buku berjudul “Sepucuk pistol di dalam laci” nukilan Hadi M.Nor dan Sufian Abas. Mengisahkan perseteruan antara dua kumpulan gangster iaitu Geng Punai dan Geng Garuda dalam menakluk kawasan di bandaraya Kuala Lumpur.

LAGU RAYA TERBARU

Muzik video ini menampilkan anggota band PESAWAT sebagai ahli Geng Punai manakala Adibah Noor sebagai Kak Pah, Rom Mohd Nor (pengasas majalah muzik ROTTW) sebagai Ketua Geng Garuda dan vokalis band Couple iaitu Aidil Rusli sebagai orang kanan Geng Garuda.

LAGU RAYA 2012

LAGU RAYA 2012

Ini merupakan kali pertama ahli PESAWAT tampil sebagai pelakon utama. Bagi yang masih tak tahu, PESAWAT dianggotai oleh 5 jejaka yang kacak-kacak belaka iaitu Jipie (vokal/gitar), Mann (bass), Kudux (drums), NizamCamel (gitar) dan Danial (synthesizer).

Tanpa membuang masa, ayuh Saksikan muzik video ‘Menjelang Syawal’ daripada PESAWAT kat bawah ni atau anda boleh lihat kat YouTube dengan klik di sini. Tapi kalau kami dah kongsikan muzik video tu kat sini, buat apa nak tengok kat YouTube lagi kan? Hee..

Zon Artis: Macam, best ke tak best?

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D