Perompak Acu Pisau Ke Leher Ekin – Mawi

Tuesday, March 27, 2012 15:35
Posted in category General

RUMAH MAWI DIROMPAK

Rasanya anda semua sudah tahu mengenai kejadian rumah banglo milik Mawi di Bangi Golf Resort yang di pecah masuk perompak pada Isnin sehingga mengancam nyawanya dan keluarga. Pastinya Mawi tidak dapat melupakan pengalaman ngeri itu.

Mawi menceritakan semula, kejadian yang berlaku pada pukul 4 pagi dan mengambil masa hanya 20 minit itu membuatkan dia cemas dan risau dengan keadaan keluarganya lebih-lebih lagi apabila wajahnya telah ditutup dengan baju selepas tangan diikat.

Menurut Mawi:-

“Saya baru nak lelapkan mata selepas pulang dari Johor Baru bagi menjayakan siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang bakal berlangsung tak lama lagi.

“Tiba-tiba saya terjaga apabila pintu bilik diketuk kuat dan Ekin yang membuka pintu itu kerana menyangka pembantu rumah kami yang berbuat demikian.

“Kemudian, Ekin terus ditolak ke atas katil dan seramai tiga daripada empat perompak yang berpakaian serba hitam mengikat tangannya dan saya. Lebih mencemaskan ialah apabila wajah saya ditutup dengan baju,”

RUMAH MAWI DIROMPAK

Tambah Mawi, perompak turut mengacukan pisau ke leher Ekin dan meminta barang kemas. Mereka turut menggeledah bilik mereka sebelum melarikan rantai, wang, serta empat buah telefon bimbit yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM10,000.

RUMAH MAWI DIROMPAK

Menurut Mawi, dia percaya kesemua perompak tersebut memecah masuk ke rumahnya menggunakan tangga aluminium yang diambil dari tapak pembinaan perumahan berdekatan untuk memanjat tembok rumah lima bilik itu sebelum mengumpil tingkap di dapur.

Kini kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan berkumpulan dan rompakan dengan senjata. Terkini, tiga pekerja buruh tapak pembinaan di sebelah kediaman Mawi telah ditahan bagi membantu siasatan pihak polis.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D