Penangan Khairul Fahmi, Haruman SimplySiti Laris Di Pasaran

Tuesday, April 17, 2012 10:20
Posted in category General

MINYAK WANGI KHAIRUL FAHMI CHE MAT

Nampaknya pelaburan Dato’ Siti Nurhaliza mengambil Khairul Fahmi Che Mat yang rasanya anda semua tahu merupakan penjaga gol nombor satu negara pada masa ini sebagai model iklan untuk produk terbaru keluaran SimplySiti iaitu minyak wangi (perfume) berbaloi apabila haruman yang diwakili oleh Khairul Fahmi iaitu wangian Pure, salah satu daripada tiga wangian di bawah jenama SimplySiti dilaporkan mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan.

MINYAK WANGI SIMPLYSITI KHAIRUL FAHMI CHE MATMenurut orang kuat SimplySiti, untuk keluaran pertama ini, wangian Pure yang diwakili oleh Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan nama Apek seperti yang dapat dilihat menerusi slot iklan di kaca TV bermula dua minggu lepas hanya tinggal beberapa ratus botol sahaja lagi. Nyata pengaruh Apek yang pernah dilanda pelbagai kontroversi itu begitu kuat sehingga mampu menarik minat ramai wanita untuk membeli wangian yang diwakili olehnya.

Kalau macam ni ler, kami pasti banyak syarikat yang akan menawarkan Apek untuk menjadi model iklan terhadap produk mereka lepas ni. Kalau kami adalah Apek, sudah tentu kami akan menerima semua tawaran tersebut asalkan tidak melampaui batas kerana inilah masanya untuk mengumpul duit dengan sebanyak-banyaknya. Huhu.. Apa-apa pun, tahniah kepada Dato’ Siti Nurhaliza diatas kejayaan wangian pertama keluaran SimplySiti ini. Begitu juga buat Apek.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D