(Panas) Siapa yang PENIPU sebenarnya, Kak Pah atau S. Atan?

Wednesday, June 24, 2009 6:37
Posted in category Bermasalah, Kontroversi, Panas

S. Atan vs Kak PahJika sebelum ini Datuk Sharifah Aini menyifatkan S. Atan sebagai seorang penipu (boleh baca di sini) dengan mendakwa komposer veteren itu menghasilkan album terbarunya tanpa mengikut piawaian yang telah dijanjikan.

Namun kini lain pula ceritanya setelah S. Atan sendiri menjelaskan kepada media dengan membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Sharifah Aini itu.

Antara kenyataan yang dikeluarkan oleh S. Atan berbunyi seperti berikut:

Sejak 40 tahun menceburi bidang ini, saya tidak pernah menipu sesiapa, tanyalah mana-mana pihak dalam bidang ini.

S. Atan juga menambah:

Dia sepatutnya meneliti master tape itu dengan teliti. Melalui pihak media, dia mendakwa sudah merujuk susunan muzik dalam master tape kepada ramai komposer. Jadi saya cabar dia panggil komposer berkenaan, seorang pun sudah cukup untuk memastikan sama ada saya menipu atau dia yang bermasalah!

Setelah kenyataan S. Atan ini tersebar melalui media, Kak Pah pula membuat kenyataan balas sehari kemudian iaitu semalam (23 Jun 2009) melalui akhbar Harian Metro yang mungkin untuk menjernihkan dan memperbetulkan keadaan.

Dan disinilah bermulanya konflik siapa yang salah dan siapa pula yang betul kerana jawapan balas dari Kak Pah sangat-sangat membuatkan kami tertawa sambil berguling-guling kerana salah satu kenyataan daripada Kak Pah langsung tak boleh pakai.

Berikut adalah kenyataan tersebut:

Kalau dia gentleman, dia tidak perlu bergaduh dengan seorang wanita seperti saya. Bagi saya, S. Atan terlalu emosional dan ini membuatkan dia jadi defensive (pertahankan diri).

Kak Pah juga menyatakan:

Saya tidak pernah kata S. Atan menipu tetapi saya rasa tertipu. Saya ada bukti, bodohlah saya kalau mahu bercakap tanpa bukti.

Hahaha.. Sebelum ini Kak Pah beriya-iya mengatakan S. Atan adalah penipu tapi kini lain pula jawabnya ye? Adakah Kak Pah sudah hilang ingatan atau saja buat-buat lupa? Allahu’alam. Apa-apa pun, kita nantikan babak seterusnya..

+ Sumber: myMetro

Related Posts with Thumbnails


- don't forget to check out our advertisement below -

  • Cara panjangkan zakar, cara besarkan zakar, cara besarkan payu dara cara memanjangkan zakar, cara membesarkan zakar, petua seks

You can leave a response, or trackback from your own site.

10 Responses to “(Panas) Siapa yang PENIPU sebenarnya, Kak Pah atau S. Atan?”

  1. ilhamputra says:

    June 24th, 2009 at 7:19 am

    eh.sapa yang betulye.aku dapat tahu bile tengok melodi.dua2 pihak ade hujah masing2 ni.

    [Reply]

  2. wakdol says:

    June 24th, 2009 at 9:56 am

    nama pun menyanyi tu keje tk berkat, tu pasal selalu jd masalah itu ini…udah2 la korang berdua tu, kubur kata mari, umah kata pegi oooooo…hidup bkn utk menongkat langit, yg lain2 tu dah babai dah…jgn lupa tu…

    [Reply]

  3. Mr.Bintang says:

    June 24th, 2009 at 1:12 pm

    hahahaha.. jom jom.. gelak guling².. hihihi..
    donia.. donia..

    ntah sape yg la yg PENTIPU tu eyh?

    [Reply]

  4. zai says:

    June 24th, 2009 at 3:21 pm

    haha..klakar lak dgr crite diorng ni..
    ntah sape btul dan yg xbtul ni..entahlh..ngeh2
    aku pn nk gelak guling2 gak..muahahaha…

    [Reply]

  5. cie says:

    June 25th, 2009 at 9:46 am

    kak pah byk wat hal..tgk dulu kes ng siti nurhaliza..sume sama jew..tetap dosa tk jaga aurat suara seorg wanita

    [Reply]

    LadyLike Reply:

    btol3.. =P

    [Reply]

    kiah comel Reply:

    kak pah ni

    macam2 hal

    [Reply]

  6. kisahsensasi says:

    June 27th, 2009 at 8:46 pm

    kak pah nie jiwa tengah kacau tu…..huhuhu

    [Reply]

  7. adol says:

    June 28th, 2009 at 11:13 pm

    layan je la,,, huhuhu… sape tipu sape apa aku kisah… hahahahaha

    [Reply]

  8. paan says:

    July 1st, 2009 at 7:21 pm

    no komen la dalam bab bergaduh nie..sebab aku pun kurang paham punca masalah nie.huhu

    [Reply]

Leave a Reply

Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D



[close]