(Panas) Qabil Ambak tak jadi pinang Fasha

Thursday, October 8, 2009 13:46
Posted in category Gambar, Panas

Qabil Ambak tak jadi pinang Fasha

Apa sudah jadi? Jika sebelum ini heboh satu Malaya yang mengatakan bahawa Fasha Sandha akan menamatkan zaman bujangnya dengan jaguh ekuestrian negara, siapa lagi kalau bukan Qabil Ambak. Namun kini timbul pula cerita yang lebih sensasi bilamana Qabil Ambak secara peribadi telah mengeluarkan kenyataan yang dia tidak jadi meminang Fasha Sandha.

Jangan buang masa lagi, ayuh ikuti pengakuan Qabil Ambak yang dibawakan khas oleh Harian Metro kat bawah ni. Kalau boleh, sila baca sehingga ke noktah yang terakhir yer.

KUALA LUMPUR: “Memang saya akan menamatkan zaman bujang, tapi yang pasti, bukan dengan dia (Fasha Sandha).”

Demikian pengakuan atlet ekuin kebangsaan, Qabil Ambak Mahamad Fathil yang sebelum ini beria-ia memberitahu akan membuat pengumuman mengenai pertunangan dan pernikahannya dengan pelakon dan model iklan itu selewat-lewatnya bulan ini.

Hubungan mereka heboh diperkatakan sebelum ini kononnya Fasha atau nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan menjadi pilihan Qabil selepas mereka dilihat begitu mesra pada satu majlis.

“Ada sebab mengapa saya tak jadi berkahwin dengannya. Memang kami ada perancangan (untuk berkahwin) sebelum ini, tapi semuanya tak menjadi kenyataan.

“Saya sendiri yang membuat keputusan ini dan ia tiada kaitan dengan keluarga saya atau Fasha. Apabila saya membuat pengumuman ini, ia bukanlah cubaan untuk memburukkan sesiapa, tapi ramai bertanyakan mengenai perkara itu.

“Jadi, saya ingin jelaskan kami sudah tidak bersama lagi. Kenapa saya buat keputusan ini, saya tidak dapat jelaskan dan yakin Fasha sendiri tahu mengapa hubungan kami tak kekal,” katanya.

Menurutnya, selepas berita berkaitan hubungannya dengan Fasha heboh diperkatakan, seluruh negara tertumpu kepadanya dan dia terpaksa memberi penjelasan kerana tidak mahu pihak lain tersalah anggap.

Menghangatkan hubungan pasangan itu apabila sehari selepas Qabil mengakui menjalin hubungan istimewa dengan Fasha, pelakon itu teruk ‘diserang’ apabila beberapa gambarnya dalam pos istimewa bersama bekas suami pelakon Nora Danish iaitu Rizal Ashram Ramli, tersebar di Internet.

Gambar Fasha Sandha dan Rizal

Satu blog selebriti menyiarkan gambar pelakon dan model iklan itu bersama Rizal dengan berpakaian serba putih yang agak seksi.

Enam keping gambar yang dipercayai dirakam pada majlis sambutan hari jadi seseorang, dikirim kepada Harian Metro menerusi e-mel selain dipaparkan di beberapa laman web hiburan tanah air.

Beberapa gambar artis jelita itu bersama Rizal ketika berada di trek lumba kereta turut berlegar di Internet

Gambar Fasha Sandha dan Rizal

Harian Metro ada melaporkan mengenai hubungan Fasha dengan Qabil yang sudah terjalin sejak setahun lalu dan difahamkan mereka bakal disatukan awal Januari depan.

Ketika itu, Qabil, 29, dilaporkan berkata, dia tidak mahu perkara itu diperbesarkan, sebaliknya akan membuat pengumuman bulan depan (bulan ini).

Difahamkan, hubungan itu gagal menyatukan mereka kerana dipercayai ada kaitan berkenaan satu majlis rumah terbuka baru-baru ini yang turut dihadiri Fasha.

“Saya sudah tidak berhubung dengannya sejak dua bulan lalu. Semua dapat melihat apa yang berlaku pada majlis itu. Kalau sesiapa bertanyakan hubungan saya dengannya selepas ini, saya boleh katakan kami sekadar kawan dan ia tidak lebih daripada itu,” katanya.

+ Harian Metro

Hurm, kami pun tak tahu nak kata apa dengan kenyataan Qabil Ambak ni. Tapi kan, ada juga bagusnya Qabil tak jadi pinang si Fasha Sandha tu sebab yer la, kamu pun tahu kan yang Fasha Sandha tu bercinta bagai nak rak dengan seseorang tu (malas nak tulis nama beliau). Takkan bercinta dengan orang lain, tapi kahwin dengan orang lain. Rugi la kan? Huhu..

Agaknya la kan, Fasha Sanda happy tak pasal ni atau la ni dia tengah menanggis sambil hentak-hentak kaki? Hahaha.. Tapi apa yang pasti, seseorang itu pastinya sudah menarik nafas lega kerana kini beliau ada peluang yang sangat luas untuk menggantikan tempat Qabil. Betul tak?

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

22 Responses to “(Panas) Qabil Ambak tak jadi pinang Fasha”

  1. ROHAIFI AZRI says:

    October 8th, 2009 at 2:43 pm

    cian pasha…

    [Reply]

    lyz Reply:

    cian ape…benci adela.balasan tuk pmpuan gatal..

    [Reply]

  2. ROHAIFI AZRI says:

    October 8th, 2009 at 2:43 pm

    + padan muke… hahahaha….

    [Reply]

  3. hydir says:

    October 8th, 2009 at 2:49 pm

    lantak kome ler .. 
    baru merancang tp heboh satu malaya ..
    last2 x jadi .. malu satu malaya .. 

    sapa yg malu? mereka dan keluarga mereka .. hohoho

    [Reply]

  4. ROHAIFI AZRI says:

    October 8th, 2009 at 2:56 pm

    biasenye dalam bab2 mcm ni, pompuan ar yg lebih malu. dan biasenye kalo pompuan ditimpa masalah camni, kita akan turut bersimpati. tapi dalam kes pasha neh, adakah korang bersimpati???? hahaha… buat2 tanye lak aku ni…

    [Reply]

    azizwan(dot)com Reply:

    bersimpati? takde maknanya nk bersimpati kat fasha ni. huhu.. kalau ini yg pertama kali maybe aku boleh bersimpati sket kot.. tp ni dah kali yg keberapa entah aku pun tak tahu. so, biarlah dia terjun dgn labu2nya..

    [Reply]

  5. joyah says:

    October 8th, 2009 at 3:27 pm

    aku x simpati langsung dengan pacha ni…sebab penyakit dia cari sendiri….kenala tanggung…..nasib badan la pachattttttttttt……sama suruh cari pasal….cubala bawa bertaubat sikit

    [Reply]

  6. aid says:

    October 8th, 2009 at 3:49 pm

    dah xder jodoh nak buat camner kan….

    [Reply]

    jongor Reply:

    ala..harap muke je lawa..tak kan kemana tu.xde lelakinye nak buat bini…tak lama lg jadi kain buruk la.lap kat situ,lap kat sini.pah tu lunyai la.sape nak pakai kain buruk?

    [Reply]

  7. bosan says:

    October 9th, 2009 at 11:44 am

    jawapan bosan ler…takde jodoh…

    [Reply]

  8. lontong says:

    October 9th, 2009 at 12:48 pm

    kesian….dah nasib badan…

    [Reply]

  9. Duyung says:

    October 9th, 2009 at 4:27 pm

    Itulah, sapa suruh sound awal2 satu malaysia…. kan dah tak jadi! Baguslah Qabil, nanti ko jadi alas kubur orang. Orang lain yang tebuk, u yang kena makan…

    [Reply]

    azizwan(dot)com Reply:

    si pasha ni pun satu.. dah tahu dia nak kahwin ngan si qabil tu, terhegeh-hegeh gak berkepit sama x-husband nora danish tu.. kan tak pasal2 dah kena kick.. adui.. dan yg ayat last tu, sokong sangat2.. so, tak rugi pun qabil tak kawen ngan si pasha ni..

    [Reply]

  10. ROHAIFI AZRI says:

    October 13th, 2009 at 3:42 pm

    Pasha… ko dah memalukan warga ‘perelih’…

    [Reply]

  11. shah says:

    October 16th, 2009 at 9:49 pm

    Qabil tu tak hirau kalo tak kahwin fasha ramai lagi yg berebut utk jadi bakal isteri, maklumlah poket tebal

    [Reply]

    azizwan(dot)com Reply:

    betul.. aku sokong.. lgpun apa sangat la fasha sandha tu kan. nk kata cantik.. memang cantik pun.. hehehe.. tp bukan dia sorg je yg cantik.. ramai lg.. so, kira tepat la kputusan si qabil ni since si fasha tu dah boleh dicop sebagai ‘kaki skandal’.. kui3

    [Reply]

  12. sizzling_high says:

    February 5th, 2010 at 11:58 am

    tula…bedal sume jantan….
    gaknye kalw dibolehkan pmpuan kawen lebih dri satu..(ala2 ‘poligami’)
    pasha sundal la orgnye…. x bringat..tamak sangt…tau la muke lawo…
    qabil….smg bbhagie ngan kksih baru…

    [Reply]

  13. nany says:

    February 22nd, 2010 at 2:34 am

    x jadi kawin…………………….hahahahahaahahahah………………………

    [Reply]

  14. dein says:

    June 4th, 2010 at 11:02 am

    baguih tu. nak bt benda yg x ada ahklak jgn smpi org kpg tau. p blah la ang pshaq. meluat aku tgk………. wek wek. blk kg baguih ja pki tudung. luaq pd kg dedah merata. klu bleh, ang nk tljang teruih ka pa.

    [Reply]

  15. nita says:

    June 23rd, 2010 at 12:58 am

    erhhhh aq bnci gile pompn nie…xde pape knon…dasar gedik!xlame lg tgok r confirm mamat nie tggalkn die….huhu….ssuai plak c jejai nie ngan tiz zaqyah…

    [Reply]

  16. lyana says:

    March 22nd, 2011 at 11:42 pm

    padan muke ko fasha..tu laa terlalu murah sangat,,muke tak la lwa mane,,make up..jumpe time tak bmke up mcm orang sakit,,,

    [Reply]

  17. mengandung says:

    June 27th, 2011 at 4:01 pm

    sian plak kat fasha..

    [Reply]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D