
Ini berita sedih yang baru kami terima dimana pelakon yang juga seorang pelawak iaitu Osman Kassim atau atau lebih dikenali dengan nama Osman Kering, 58 disahkan telah meninggal dunia kira-kira jam 3.45 petang tadi selepas koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), sejak 10 Jun lalu.
Anaknya Allahyarham iaitu Norain, 25, berkata doktor mengesahkan bapanya meninggal dunia selepas mendapati otak dan pernafasan Allahyarham gagal berfungsi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi tujuh anak serta balunya, Nor Hayati Che Omar, 48.
Zon Artis: Salam takziah daripada kami kepada seluruh keluarga Osman Kering diatas pemergian Allahyarham dan semoga anda tabah menghadapi ketentuan Allah S.W.T ini. Kami panjatkan doa agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.




