(OIAM 3) Nine Ikut Jejak Amylea

Friday, April 24, 2009 23:24
Posted in category General

Nine OIAM 3

Jika minggu lepas Amylea yang juga merupakan bekas pelajar AF musim ke-3 tersingkir, malam ini giliran Nine pula. Nyata ramalan Zon Artis tepat bilamana nama Nine diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.

Ini bermakna, hanya tinggal 3 peserta sahaja lagi yang akan berentap untuk merebut gelaran juara yang seterusnya sekaligus menjadi jutawan.

Mereka yang tinggal ialah Tomok, Esther dan juga Aweera.

Di akhir konsert ini, pengacara ada membuat satu pengumuman khas dimana berkemungkinan besar ketiga-tiga peserta yang tinggal akan layak ke Grand Finale pada minggu hadapan. Namun ianya bergantung pada jumlah undian yang mereka terima.

Jika perbezaan undian sangat jauh, maka hanya 2 peserta sahajalah yang layak ke Grand Finale OIAM musim ke-3 ini. Oleh itu, teruskan mengundi jika anda ingin melihat peserta favorite anda beraksi di pentas Grand Finale sekaligus membawa pulang RM1 juta.

Zon Artis: Adakah Tomok akan menjadi jutawan yang seterusnya? Sama-sama kita tunggu dan lihat kerana program realiti seperti ini apa sahaja boleh berlaku. Masih ingat lagi pada OIAM yang pertama di mana Faizal Tahir kecundang di tangan Suki?

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “(OIAM 3) Nine Ikut Jejak Amylea”

  1. alone says:

    April 25th, 2009 at 1:07 am

    dalam pertandingan, apa jua boleh berlaku. kadang2 k\something yang kita x sangka. persaingan semakin menarik. kita tunggu dan lihat =)

    [Reply]

    Mus Reply:

    tak sabar tunggu minggu depan..

    [Reply]

  2. syazwanimuhamad says:

    April 25th, 2009 at 3:58 pm

    bese la name pun pertandingan kena la hadapi setiap kemungkinan….

    [Reply]

  3. muhdzahari says:

    April 28th, 2009 at 10:52 am

    err..esther tu best ke?
    aku target tomok, aweera ngan amelya leh top 3..
    tp grand finale macam susah nak predict lak

    sekarang ni aku target tomok ngan aweera..

    [Reply]

  4. ain_lazerella says:

    April 28th, 2009 at 10:59 am

    vote tomok,YES TOMOK send to 33399

    [Reply]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D