Norman Hakim & Memey Suhaiza Kini Bergelar Suami Isteri

Saturday, September 24, 2011 18:34
Posted in category Gambar, General

GAMBAR PERKAHWINAN NORMAN HAKIM DAN MEMEY SUHAIZA

Sebentar tadi telah berlangsung majlis pernikahan Norman Hakim dan Memey Suhaiza di kediaman keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor. Pada jam 5.10 petang, dengan hanya sekali lafaz, Norman Hakim sah menjadi suami Memey Suhaiza.

Pada majlis pernikahan itu, Memey menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 dan lima dulang hantaran termasuk wang hantaran RM24,000, sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran.

Norman Hakim pula menerima tujuh dulang hantaran daripada Memey yang mana ianya berupa iPad 2, sebentuk cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran.

Untuk info, malam ini mereka akan melangsungkan majlis malam berinai di rumah pihak perempuan dan esok pula majlis resepsi sebelah pengantin perempuan yang akan dilangsungkan di rumah pihak perempuan dengan berkonsepkan perkahwinan dalam taman.

Pada 28 September depan pula, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia. Tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan Kosmopolitan.

Tahniah kami ucapkan kepada Norman Hakim dan Memey Suhaiza kerana sudah sah bergelar suami isteri. Selamat berbahagia dan kepada Memey, selamat menempuhi alam rumah tangga.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Norman Hakim & Memey Suhaiza Kini Bergelar Suami Isteri”

  1. (Gambar) Sekitar Majlis Pernikahan Norman Hakim & Memey Suhaiza | Zon Artis says:

    September 25th, 2011 at 12:13 am

    [...] terdahulu: Norman Hakim & Memey Suhaiza Kini Bergelar Suami Isteri [...]

  2. nena says:

    September 28th, 2011 at 12:01 am

    cantik….thniah…smga kekal bhgia

    [Reply]

  3. maugemukcom says:

    September 28th, 2011 at 11:27 am

    semoga kekal bahagia!

    [Reply]

  4. (Gambar) Taja MUH Sudah Bergelar Suami Kepada Pengurus Sendiri, Kimmy | Zon Artis says:

    October 3rd, 2011 at 10:03 am

    [...] sibuk orang bercerita mengenai perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza serta perkahwinan Nabil dan Nazirah Ayub, rupa-rupanya salah seorang anggota Meet Uncle Hussain [...]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D