Noniswara dan Datuk Rosman selamat di’ijabkabulkan

Saturday, August 1, 2009 10:11
Posted in category Gambar, General

Aktres jelita Noniswara Baharudin telah selamat di’ijabkabulkan dengan pasangan pilihan hati’nya iaitu Datuk Rosman Ridzwan, Pengerusi U Mobile selepas solat Isyak di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur malam tadi (31. Julai 2009). Ini bermakna, perkahwinan ini adalah perkahwinan kedua bagi Noniswara dan juga Datuk Rosman.

Noniswara yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini mempunyai tiga anak dari perkahwinan pertama sementara Datuk Rosman pula berstatus duda dan mempunyai lima anak dari perkahwinan terdahulu.

Dikhabarkan mas kahwin bagi perkahwinan pasangan ini adalah sebanyak RM317. Namun begitu, wang hantaran cuba ‘dirahsiakan’ kerana Noniswara tidak mahu ianya dihebahkan kepada umum. Baguslah kalau macam tu. So, takde la orang nak ngata kalian ni riak kan?

Dalam bab hantaran pula, pihak pengantin lelaki menyediakan tujuh dulang hantaran kepada pihak pengantin perempuan yang mana ianya berisi Cincin, Set wangian, Beg tangan (Channel), Kasut (Jimmy Choo), Manisan, Tepak Sireh dan Kek.

Manakala hantaran balas dari pihak perempuan kepada pihak lelaki pula adalah sebanyak sembilan dulang iaitu Kitab Al-Quran, Tepak Sireh, Manisan, Set Wangian, Cincin, Jam Tangan, Set Pakaian Lelaki (Raoul), Kasut dan juga Kek.

Majlis resepsi perkahwinan mereka ini akan berlangsung pada malam ini, 1 Ogos jam 8 malam berempat di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Namun Noniswara menyatakan yang majlis perkahwinannya akan berlangsung secara ringkas dan sederhana sahaja sebagai meraikan ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Zon Artis: Kami di sini mendoakan agar perkahwinan kedua kalian ini akan berkekalan sehingga ajal memisahkan antara kalian.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Noniswara dan Datuk Rosman selamat di’ijabkabulkan”

  1. zai says:

    August 1st, 2009 at 10:27 am

    tahniah diucapkn..
    smoge brkekaln slamenye..aminn

    [Reply]

  2. Mr.Bintang says:

    August 1st, 2009 at 10:27 am

    huhu.. dulu slalu tengok noniswara blakon kat drama spektra TV1 hahaha.. lama gile.. masae tu aku sekolah rendah agi.. hhaha..

    [Reply]

  3. azizan4444 says:

    August 1st, 2009 at 3:50 pm

    orang pasir mas mmg comel.org klate cakap comel lote.hehe
    tahniah.smga kekal bahagia..

    [Reply]

  4. kreemix says:

    August 2nd, 2009 at 12:28 am

    selamat pengantin baru buat pasangan ini…..semoga kekal hingga keakhir hayat…nak tanya skit rumah noriswara di pasir mas tu dekat ke dengan umah tokey dodoi yang pintu pagar bertatahkan emas celup tu….saya dok kat kutan hulu

    [Reply]

  5. are_uDear says:

    August 2nd, 2009 at 9:32 am

    huhuuu selamat pengantin baru… sesuai n sepadan gituu.. tahniah2 to both of u…

    [Reply]

  6. ilhamputra says:

    August 2nd, 2009 at 11:32 am

    tahniah.selamat pengantin baru.semoga berkekalalan

    [Reply]

  7. Cunara says:

    August 4th, 2009 at 8:44 am

    Lovely couple.. Handsome and jelita.. Tiada tandingan..
    semuga kekal abadi.. Amin

    [Reply]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D