Nik Aziz terjaga dengan mulut dipenuhi darah

Tuesday, November 10, 2009 19:12
Posted in category General

Nik Aziz Nik Mat

Agak terkejut juga membaca laporan yang ditulis oleh mStar online hari ni bila kami mendapat tahu yang Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengalami masalah kesihatan sehinggakan beliau terjaga dari tidurnya dalam keadaan mulut yang dipenuhi darah.

Menurut Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Mursyidul Am PAS mengakui situasi yang berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi pada hari Khamis itu begitu mendebarkannya sehingga jantung beliau berdenyut kencang. Al-maklumlah, perkara tersebut pertama kali berlaku terhadap beliau.

Daripada kejadian tersebut, Nik Aziz dimasukkan ke Hospital dan terpaksa menjalani imbasan jantung. Malah Nik Aziz juga menyatakan yang doktor telah meletakkan sesuatu pada kerongkong beliau namun alhamdulillah tiada apa-apa.

mStar juga melaporkan yang Nik Abdul Aziz telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada hari yang sama kerana keletihan namun beliau tetap menghadiri seminar politik PAS yang diadakan pada Sabtu lalu di Kuala Lumpur.

Oleh hal yang demikian, kami bagi pihak Zon Artis mendoakan agar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat cepat sembuh dari masalah kesihatan yang dialaminya. Amin.

Related Posts with Thumbnails


- don't forget to check out our advertisement below -

  • Produk pelangsingan Jus Mate 5 Cara panjangkan zakar, cara besarkan zakar, cara besarkan payu dara cara memanjangkan zakar, cara membesarkan zakar, petua seks

You can leave a response, or trackback from your own site.

26 Responses to “Nik Aziz terjaga dengan mulut dipenuhi darah”

  1. Admin Zon Artis says:

    November 10th, 2009 at 7:22 pm

    P/s: Artikel diatas langsung tiada kaitan dengan politik yer. Tapi sebagai seorang yang berpengaruh, kami rasa tidak salah untuk kami menyebarkan apa yang telah berlaku keatas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kami harap korang faham mengenainya dan jangan lupa untuk sama-sama mendoakan kesihatan beliau..
    .
    Sekadar makluman, admin selaku penulis artikel ni bukanlah orang Kelantan dan langsung tak pernah terlintas utk mengamalkan sikap kenegerian. malah tak salah mendoakan kesejahteraan sesama Islam right?

  2. My Online Hoster says:

    November 10th, 2009 at 8:02 pm

    Semoga Tuan Guru cepat sembuh.. InsyaAllah..

  3. ROHAIFI AZRI says:

    November 10th, 2009 at 8:54 pm

    XPE ADMIN, TOK GURU JUGA BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAGAI SELEBRITI. tok guru pun jadik pelakon pe utk projek 15Malaysia yang Khairy Jamuludin pun ada blakon gak tu.
    .
    semoga Tok Guru segera sembuh dan sihat sejahtera hendaknya.

  4. wikwiki says:

    November 11th, 2009 at 12:20 am

    Tuan Guru Nik Aziz..moga Tok Guru di kembalikan kesihatan,jaga makan dan ubat.
    -admin- stay cool suda..hihihi

  5. mawy says:

    November 11th, 2009 at 8:08 am

    isk….sedihnyer….
    .
    semoga Tok Guru pulih,namun kita tidak boleh pulih dari penyakit tua dan mati…
    .
    setiap yang hidup itu pasti merasai mati…

  6. x-po says:

    November 11th, 2009 at 9:59 am

    hehe sejak bila nik aziz jd artis plak ni? hehe xpala, aku sbg org klntn sntiasa mendoakan nik aziz

  7. joyah says:

    November 11th, 2009 at 10:03 am

    yer la…walaupun aku bkn penyokong pas……tapi aku minat kat tok guru ni…..dia bersederhana jer……..x ada tokoh pas lain yg leh ganti dia………semoga dia cepat sembuh………..insyaAllah…….

  8. ParlieWalla360 says:

    November 11th, 2009 at 11:33 am

    Diharapkan Tok Guru akan cepat sembuh dah sihat hendaknya…Tok Guru adalah salah seorang tokoh agama yang paling disegani oleh kawan mahupun lawan….

  9. ROHAIFI AZRI says:

    November 11th, 2009 at 11:34 am

    tok guru pun ada terlibat ngan projek filem pendek 15Malaysia tu x-po… dah kira tahap selebriti ar tok guru ni… ;-)

  10. ROHAIFI AZRI says:

    November 11th, 2009 at 11:36 am

    betul tu ParlieWalla360, satu2nye ‘tok guru’ yang memiliki kerajaan yang ditadbirkannya.
    .
    dengarnya tok guru akan berangkat menunaikan ibadah haji…

  11. ROHAIFI AZRI says:

    November 11th, 2009 at 11:39 am

    tok guru nik aziz khabarnya akan ke tanah suci mengerjakan haji. ada org yang ikhlas ‘taja’ tok guru pergi ngan pakej VIP, RM65k seorang!
    .
    bukan calang-calang selebriti tok guru ni. org ikhlas menaja dia sedangkan selebriti-selebriti lain, ditaja tetapi dengan harapan dapat ‘balasan’! :-)

  12. Admin Zon Artis says:

    November 11th, 2009 at 11:54 am

    alhamdulillah

  13. wikwiki says:

    November 11th, 2009 at 11:54 am

    samo le den kak joy..

  14. joyah says:

    November 11th, 2009 at 12:47 pm

    ALHAMDULILLAH………..taja org mcm tok guru ni lebih elok dari taja org macm artis tu…..pegi haji tapi lepas tu buat balik perangai lama…pakai seksi2 gak….berapa ramai jer yg berubah jadi elok…….klu mcm tok guru ni sejuk hati nak taja…….

  15. joyah says:

    November 11th, 2009 at 1:38 pm

    YER ker wikwiki…..baguih sgt la tu…give me ten…:D

  16. mawy says:

    November 11th, 2009 at 3:46 pm

    kalau tak nak taja tok guru pun jgnlah taja artis,tapi tajalah aku..aku nak sgt pi haji…..
    .
    admin,buatlah contest,sape yang 10x berturut 1st,dapat tiket pi haji….kuikui..bankrap ZA nanti..hehehe

  17. mawy says:

    November 11th, 2009 at 3:50 pm

    rase2,kalau tok guru xde,sape yang paling layak ar ganti dia..?

  18. mawy says:

    November 11th, 2009 at 3:53 pm

    tok guru nik aziz nih walaupun nampak mcm lembut je,tapi sebenarnyer beliau garang tau,tapi bertempat…

  19. mawy says:

    November 11th, 2009 at 3:55 pm

    mana nak daapat video tuh..nak tgk…

  20. joyah says:

    November 11th, 2009 at 5:59 pm

    x der a……suma x layak

  21. ROHAIFI AZRI says:

    November 11th, 2009 at 6:20 pm

    try nengok kat sini Mawy. Ni projek filem pendek. Tapi tok guru sekadar ‘melakonkan’ dirinya. Klik blog mamat ni, bleh nengok kat situ http://rohaifi.blogspot.com/
    :-D

  22. ROHAIFI AZRI says:

    November 11th, 2009 at 6:27 pm

    bukan calang-calang org tok guru ni..
    pengalaman beliau luas..

  23. ROHAIFI AZRI says:

    November 11th, 2009 at 6:28 pm

    patah tumbuh hilang berganti…
    mungkin ada, dan mungkin juga tiada galang gantinya…
    .
    tapi kita doakanlah semoga ada insan yang seikhlas dan sejujur beliau dalam berjuang dan mentadbir.

  24. mawy says:

    November 12th, 2009 at 8:23 am

    yer,mgkin ada tapi tak kan sama….

  25. Darosnizam says:

    December 28th, 2009 at 7:07 am

    teruskan perjuangan dengan pas pedulikan apa orang nak cakap

  26. Darosnizam says:

    December 28th, 2009 at 7:11 am

    kat dalam ni banyak sangat yang mengutuk pas kalau tak suka jgn mengutuk orang tak marah.

Leave a Reply

Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D