Nabila Huda Mohon Cerai Selepas 3 Tahun Berkahwin

Tuesday, August 23, 2011 14:28
Posted in category Bermasalah, General

NABILA HUDA BERCERAI

Agak mengejutkan kami bila mendapat tahu yang anak kepada penyanyi rock, Amy Search iaitu Nabila Huda ingin bercerai dengan suaminya, Zaidy Zailani. Bukan apa, selami ni kami tengok Nabila dan suaminya begitu bahagia. Tup-tup keluar berita yang Nabila mohon cerai. Itu yang mengejutkan kami.

Ikuti apa kata Nabila ketika dia ditemui di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur semalam.

“Saya ke sini untuk membuat permohonan cerai kerana suami tidak mahu menceraikan saya. Saya sudah tidak mampu meneruskan perkahwinan yang berusia lebih tiga tahun ini.

“Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya,”

“Apabila melahirkan anak (Keisha) saya harapkan ada perubahan dalam perhubungan kami. Bukan itu saja, memikirkan kesihatan juga membuatkan saya menangguh hasrat hati.

Kami tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku terhadap rumah tangga mereka. Tapi menurut Nabila, dia mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secepat mungkin kerana masalah yang membelenggu dirinya dan suami sudah berlarutan lebih dua tahun sebelum disahkan hamil lagi. Bapak lama tu?

Psstt: Maksud Beatles dalam bahasa Melayu ialah…

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D