Muzik Video Jejaka Idaman 2.0 Lynnzay Affandy

Monday, June 25, 2012 12:16
Posted in category General, Video

Muzik video Jejaka Idaman 2.0 dari penyanyi Lynnzay Affandy baru sahaja dilancarkan. Sambil anda mendengarkan lagu Jejaka Idaman 2.0 yang kami sertakan, mari baca detail kat bawah ni untuk mengenali lebih dekat siapakah gerangannya penyanyi bernama Lynnzay Affandy dan mengetahui lebih dalam mengenai lagu Jejaka Idaman 2.0 yang dinyanyikannya.

Jejaka Idaman adalah lagu popular yang pernah di nyanyikan oleh penyanyi pop,Raja Ema pada tahun 1986. Di olah semula oleh Lynnzay A. dengan versi yang lebih urban bersama unsur muzik yang lebih trendy dan digemari generasi muda seperti ‘pop dance’ dan sedikit unsur ‘dubstep’.

Muzik Video Jejaka Idaman 2 Lynnzay Affandy

Lynnzay A. ataupun Lynnzay Affandy adalah bekas ahli kumpulan di bawah syarikat pengurusan Reshmonu yang digelar ‘Senoritas’ yang sudah berpecah beberapa bulan lepas.

Lynnzay menyambung kerjayanya sebagai wartawan untuk surat khabar politik dan terus bergerak maju menghasilkan single pertamanya dan ingin memperkenalkan ‘style’ sebenar muziknya ke mata Malaysia.

Bersama kekuatan yang di perolehi Stacy Angie dan MizzNina, Lynnzay juga berkebolehan menari dengan bagus di samping menyanyi. Lynnzay juga menulis lagu sendiri dan dikhabarkan lagu-lagu seterusnya yang akan di terbitkan adalah hasil karyanya sendiri.

Tetapi dengan bantuan daripada mereka yang lebih arif seperti DJ Fuzz dan Amylea Azizan, Lynnzay telah memulakan langkah pertama dengan memberikan idea untuk menyanyikan semula lagu ‘Jejaka Idaman’.

Ditulis asalnya oleh Fauzi Marzuki, ditambah lirik dan melodi baru oleh Amylea Azizan, penyanyi yang sedang berjinak-jinak dalam penulisan lagu semula setelah berehat beberapa lama dalam bidang nyanyian. Untuk kesinambungan lirik Fauzi Marzuki, Amylea telah berjaya menghasilkan lirik yang sedikit puitis tetapi sesuai dengan rentak dan irama baru yang telah dihasilkan oleh Amylea juga. Manakala susunan muziknya pula dihasilkan oleh nama yang tidak asing lagi dalam dunia urban, iaitu DJ Fuzz. DJ Fuzz memasukkan elemen terbaru ke dalam susunan muzik untuk versi baru lagu ini dan membuatkan ianya lebih sesuai untuk imej dan gaya Lynnzay A.

Lynnzay A. telah memilih Juzzthin sebagai rapper yang menyanyi di bahagian klimaks lagu ini. Juzzthin lebih di kenali sebagai salah seorang pelakon utama di dalam drama bersiri kegemaran remaja iaitu ‘Projek Pop’ yang di tayangkan di TV8 dan juga ‘Waktu Rehat’ untuk tayangan Disney Malaysia di Astro.

Bersama pengalaman sebagai rapper dan penyanyi hiphop underground, Juzzthin diberikan kepercayaan untuk menulis sendiri liriknya dan ini adalah kali pertama dia rap berBahasa Melayu. Ternyata penyampaiannya adalah unik dan Lynnzay A. berpuas hati.

Maka dengan ini, terhasillah versi baru lagu ini yang telah di beri tajuk ‘JEJAKA IDAMAN 2.0′ bersama penghasilan muzik video yang bakal di riliskan juga tidak lama lagi yang di tujukan khas buat peminat ‘dance music’ serta ‘dubstep’.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Muzik Video Jejaka Idaman 2.0 Lynnzay Affandy”

  1. Lagu 'JEJAKA IDAMAN 2.0' Dikatakan Terlalu Urban, Dikecam Peminat Asal Raja Ema? | Zon Artis says:

    September 11th, 2012 at 9:37 am

    [...] Semoga lagu ini mendapat tempat di hati pendengar baru yang masih belum berkesempatan mendengar ‘JEJAKA IDAMAN 2.0′ dan diharap mereka yang marah dengan penggubahan semula lagu ini memahami niat sebenar Lynnzay. Andai dinyanyikan semula dengan cara dan susunan yang sama, anda mungkin tidak dapat mengenali gaya Lynnzay yang sebenar. Mungkin lagu kedua Lynnzay yang bakal diterbitkan tidak lama lagi akan membuka mata anda tentang gaya muzik Lynnzay yang sebenar. Oh ya, jika anda belum mendengar lagu ‘Jejaka Idaman 2.0′ oleh Lynnzay itu, anda boleh dengarkannya di sini. [...]

  2. (Muzik Video) Angel Dust - Single Kedua Lynnzay Affandy | Zon Artis says:

    October 31st, 2012 at 10:45 pm

    [...] Dust adalah single kedua daripada Lynnzay Affandy disaat single pertamanya ‘Jejaka Idaman 2.0‘, hasil olahan semula lagu 80-an yang telah mencetuskan kontroversi dan menjadi topik [...]

  3. Tajuk Single Kedua Lynnzay Dikaitkan Dengan Dadah? | Zon Artis says:

    December 10th, 2012 at 12:34 pm

    [...] penyanyi terbaru Lynnzay yang mula dikenali kerana lagu ‘Jejaka Idaman 2.0’ yang penuh kontroversi telah meriliskan single keduanya yang berbahasa Inggeris. Namun seperti [...]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D