
TAHNIAH kami ucapkan kepada vokalis kumpulan SPIDER iaitu Tam yang telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan tercintanya Aida Mustafa. Majlis perkahwinan vokalis Spider ini telah selamat diadakan pada 8hb November lalu. Walaupun agak terlewat, kami di Zon Artis tetap ingin mengucapkan ucapan TAHNIAH kepada Tam dan isteri serta didoakan agar mahligai indah yang terbina ini akan kekal abadi hingga ke syurgaNYA, amin.

Ikuti laporan mengenai perkahwinan TAM yang dipetik dari mStar online ini :
PONTIAN 8 november : Lebih 1,000 tetamu menghadiri majlis perkahwinan vokalis kumpulan Spider, Rustam Mustafah atau Tam dan isterinya, Aida Mustafa yang berlangsung di Dewan Komuniti di Pekan Nanas, di sini, hari ini.
Berkonsepkan tradisional dan moden, majlis bersejarah penyanyi itu dihadiri oleh ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan kedua-dua belah pihak termasuklah anggota-anggota kumpulan Spider dan komposer serta penyanyi terkenal, M.Nasir.

Anak lelaki Tam, Aliff, 15, yang merupakan hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya, Norleen Isa, turut hadir pada majlis tersebut. Ini merupakan perkahwinan kedua Tam setelah 11 tahun menduda.
Sebelum itu, Tam dan Aida selamat dinikahkan di sebelah paginya di Masjid Jamek Pekan Nanas. Tam yang ditemui sejurus berakhirnya majlis tersebut melahirkan rasa bersyukur dengan perkahwinan tersebut. “Saya akan menjalani hidup dengan isteri tercinta dan tetap akan meneruskan bidang nyanyian saya atas sokongan isteri,” kata vokalis kumpulan yang popular dengan lagu Relaku Pujuk.

Sementara itu, Aida turut berharap peminat-peminat Tam mampu mendoakan yang terbaik untuk rumahtangga mereka. “Saya harap peminat-peminat Tam dapat menerima saya sebagai isterinya. Insya-allah, saya akan terus memberikan sokongan terhadap karier seninya di samping menjaga rumahtangga kami,” kata Aida yang bertugas sebagai pengarah urusan sebuah syarikat pengurusan acara.
Ibu pengantin perempuan, Heliana Zulianti juga mengharapkan perkahwinan anaknya itu kekal hingga ke akhir hayat. “Saya gembira kerana dia akhirnya bertemu dengan lelaki impiannya,” ujarnya.

Anak lelaki Tam, Aliff juga turut berkongsi perasaan gembira dengan perkahwinan bapanya itu. “Saya tiada masalah apabila ayah membuat keputusan untuk berkahwin lagi kerana dia berhak untuk gembira. Malah, hubungan kami bertiga memang baik,” katanya.
M.Nasir yang banyak menghasilkan lagu untuk kumpulan Spider juga mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut. “Perkahwinan adalah perkara yang terindah dalam hidup dan saya gembira untuk Tam. Hari ini adalah hari bersejarah untuknya,” katanya.

Tam dan Aida mula berkenalan hampir lima tahun lalu, tetapi hubungan mereka hanya benar-benar serius sejak setahun lalu. Pasangan ini telah bertunang pada 15 Ogos lepas.
Dicatat oleh : “sekuk tawar kecik cicoh kopi-O”











azizwan(dot)com says:
November 11th, 2009 at 11:15 am
selamat pengantin baru buat tam (even yg ni adalah kali ke-2) dan aida.. semoga kekal sehingga ke akhir hayat..
joyah says:
November 11th, 2009 at 11:21 am
yer la semoga kekal bahagia……..jgn la da kuar citer yg x elok..
ROHAIFI AZRI says:
November 11th, 2009 at 11:30 am
TAHNIAH Tam, semoga kekal bahagia! kalo bercerai pun , biar la ‘bercerai mati’…
Admin Zon Artis says:
November 11th, 2009 at 11:51 am
semoga berbahagia tam dan aida.. dah dpt baby nanti, jgn lupa share kat zon artis yer.. itupun klau ZA ni masih ada ler. huhu..
mawy says:
November 11th, 2009 at 3:13 pm
sweet je isteri abg tam nih….tapi tinggi sket dari tam..anyway,aku pun nak wish hepi ever after….
wikwiki says:
November 12th, 2009 at 1:07 am
i lyke..alhamdulillah..
nmpak berseri2 seri2 bak bulan mengambng tinggi bunga matahari terang benderang amri yahyah menewaskan van der sar pengantin berdua…
semoga hingga ke akhir hayat yea..
sama chantek..sama padan..
hooray!!
ROHAIFI AZRI says:
November 12th, 2009 at 1:24 am
bermadah berhelah2 hingga membabitkan bolasepak plak wikwiki. terkesima aku membaca bait-bait madahmu itu… ooowwwwllllhhhhh….
qismea says:
November 13th, 2009 at 3:01 pm
tahniah ….kawin juga tam akhirnya…wifenya cantik mcm model…kawan2 sila ke blog saye..
http://qismea.blogspot.com jom shopping online… banyak murah, aksesori wanita, bunga telur, kasut dan banyak lagi.
nena says:
December 9th, 2009 at 7:29 pm
aku tak percaya duda smpai mati wey