
Kami masih belum memperolehi info lanjut mengenai majlis pertunangan Misha Omar. Tapi yang pasti, majlis pertunangan Misha Omar dengan jejaka pilihannya iaitu Firos Ezzwan Rossly berlangsung hari ini (21 Februari 2012) dan seperti dijadualkan, ianya berlangsung pada pukul 12 tengah hari tadi. Nantikan update penuh beserta gambar sebentar lagi. Tunggu~
Oh ya, buat anda yang masih tidak tahu, tunang Misha Omar tu merupakan seorang Juruterbang syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan mereka telahpun saling mengenali kira-kira lima tahun lamanya. Malah kisah percintaan mereka juga pernah mendapat liputan suatu ketika dahulu.




