Lagu ‘Terukir Di Bintang’ Dinobatkan Sebagai Juara AJL27

Monday, January 7, 2013 0:43
Posted in category General

AIZAT TERUKIR DI BINTANG ANUGERAH JUARA LAGU 27

Update pantas – Lagu berjudul Terukir Di Bintang ciptaan sepenuhnya oleh Yunalis Zarai atau lebih dikenali dengan nama Yuna dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad, 6 Januari 2013.

Walaupun tidak dinyanyikan sendiri oleh Yuna, lagu yang dipersembahkan oleh Aizat itu nyata cukup kuat bagi para juri sehingga diangkat sebagai juara. Dengan kemenangan tersebut, hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000 berjaya dibawa pulang.

Sementara itu, naib juara pula dimenangi oleh lagu Idola ciptaan Audi Mok serta lirik oleh Azlan yang dinyanyikan oleh Azlan & The Typewriter. Hadiah naib juara berupa trofi dan wang tunai RM15,000.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh lagu Ku Akui ciptaan sepenuhnya Ajai dan dinyanyikan oleh Hafiz. Sebagai tempat ketiga, hadiah berupa trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000 menjadi milik mereka.

Seperti dijangka, nyata anugerah vokal terbaik diberikan kepada Hafiz sekaligus membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000. Ini adalah kemenangan ketiga berturut-turut Hafiz bagi anugerah vokal terbaik di AJL.

Pemenang persembahan terbaik pula yang dipilih 100% oleh penonton melalui SMS diraih oleh Black dan RJ menerusi lagu Teman Pengganti. Mereka menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D