
Kontroversi kemenangan lagu Penakut di Anugerah Industi Muzik (AIM) yang ke-18 baru-baru ini akhirnya terlerai apabila kemenangan lagu Penakut yang dicipta sepenuhnya oleh Yuna dalam kategori Lagu Terbaik ditarik balik. Perkara ini disahkan sendiri oleh Yuna menerusi Twitter’nya.

Terdahulu, dalam ruangan Dengarnya (Berita Harian) pada Rabu melaporkan, berlaku kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori itu sehingga Penakut dinobatkan sebagai lagu terbaik secara keseluruhan walaupun ia tidak memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada anugerah itu.
Turut dilaporkan, anugerah itu akan diserahkan kepada komposer Edry Abdul Halim dan Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih yang memenangi kategori Lagu Pop Terbaik. Difahamkan juga, pihak penganjur iaitu RIM dan AIM akan mengadakan sidang akhbar khas bagi menjelaskan kekeliruan itu.
Mungkin tidak mahu mengeruhkan lagi keadaaan, Yuna dalam satu mesej lain di laman Twitter memberitahu dia tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan dan memohon supaya ia diajukan kepada pihak penganjur.

Tidak apa la Yuna, mungkin bukan rezeki anda. Dan walaupun anugerah tersebut ditarik balik, kami percaya anda tetap pemenang di hati peminat-peminat dan juga penyokong karier seni anda. Antaranya kami.






ann says:
November 23rd, 2011 at 10:57 pm
boleh pulak salah kan..
aduh.
takpe2..
lagu penakut tetap best.
[Reply]
siputbaby88 says:
November 24th, 2011 at 11:44 am
lain kali buat la tajuk lagu BERANI…tentu juri respek punya..
[Reply]
Sedetik Lebih Dipilih Sebagai Pemenang Lagu Terbaik AIM18 | Zon Artis says:
November 24th, 2011 at 5:09 pm
[...] Seperti yang anda semua sudah sedia maklum, kelmarin Yuna menerusi akaun Twitternya mengesahkan bahawa trofi untuk Lagu Terbaik yang dimenanginya di AIM ke-18 minggu lalu ditarik balik sekaligus kemenangannya itu dibatalkan. Boleh rujuk post ini. [...]
Surat Penjelasan Daripada Ernst & Young Berhubung Kesilapan Pemenang Lagu Terbaik AIM18 | Zon Artis says:
November 26th, 2011 at 8:56 pm
[...] 1) Kemenangan Lagu ‘Penakut’ Sebagai Lagu Terbaik Di AIM18 Ditarik Balik [...]