Kalau sebelum ni kami ada menuliskan artikel mengenai Datuk Sosilawati Lawiya, bekas isteri Nash yang konon’nya kantoi ditangkap khalwat bersama teman lelakinya di Astana Damansara Kondominium setelah satu serbuan dilakukan oleh pihak Masjid Kolej UIA yang diketuai oleh seorang ustaz.
Namun sekarang lain pula ceritanya bilamana Datuk Sosilawati Lawiya secara terbuka memaklumkan kat media yang dia sebenarnya sudah berkahwin dengan pasangan’nya itu dan ianya berlangsung di luar negara (Indonesia ker?). Makluman ini dibuat untuk menyangkal dakwaan yang dia ditangkap khalwat pada malam tahun baru tersebut.
“Kami pasangan suami isteri dan tidak timbul isu ditangkap khalwat. Namun, kami gagal menunjukkan surat nikah menyebabkan kami disyaki berkhalwat,” – Datuk Sosilawati
Sementara itu, peguam Datuk Sosilawati iaitu Datuk Zaidi Zain juga mengesahkan yang Datuk Sosilawati dan pasangan’nya itu sudah melangsungkan pernikahan. Walau bagaimanapun, dia enggan memberikan maklumat terperinci kerana kes berkenaan masih dalam siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
“Sosilawati dan pasangannya sudah berkahwin, namun atas sebab tertentu kami tidak dapat memberikan maklumat lanjut kerana kes ini dalam siasatan Jais dan anak guam saya juga masih menjalani satu lagi perbicaraan di mahkamah,” – Datuk Zaidi Zain
Hurm.. Nampaknya kes tangkap khalwat bekas isteri Nash ni semakin menarik. Kalau sebelum ni, laporkan mStar Online mengatakan yang pasangan tangkap khalwat Datuk Sosilawati tu adalah sebagai teman lelaki sahaja. Tapi sekarang dah jadi suami pulak. Suami ‘bas ekspress’ ke apa ni? Huhu..
Apa-apa pun, kita nantikan ‘babak seterusnya’ mengenai kes tangkap khalwat Datuk Sosilawati ni. Sebarang perkembangan terbaru, kami akan update ASAP.
+ Entri sebelum ini: (Panas) Bekas isteri Nash, Sosilawati Lawiya ditangkap khalwat






ry says:
January 4th, 2010 at 9:07 am
Dia ni rasanya tak lama bercerai ngan nash dah kawen lg ek…
Hmm bagus bila kaya ni.. ramai org nak!
May god bless you, nash & anak2!Amienn..
[Reply]
mawy Reply:
January 5th, 2010 at 11:32 am
PINJAMAN…SMENTARA JE….nanti Allah tarik balik ler tue…
[Reply]
usahawah muda. says:
January 4th, 2010 at 12:17 pm
tu la pasal.dah pangkat datuk.ade kuada dan pengaruh
[Reply]
nena says:
January 5th, 2010 at 10:58 pm
pening…pening…nikah ktne la tu
[Reply]
aidawahab says:
January 7th, 2010 at 1:52 am
apa yang aku tgk kt muka datuk ni? hidung dia…..wahahhaha
[Reply]
Admin Zon Artis Reply:
January 7th, 2010 at 2:19 am
knp dgn hidung beliau aidawahab?
[Reply]
aidawahab Reply:
January 7th, 2010 at 3:12 am
nampak pelik….firt time tgk kat melodi dulu terkejut gila….
[Reply]
murai says:
January 10th, 2010 at 4:35 am
sudah lah hentikan kita bercerita pasal org,lagipun kes sudah selesai surat nikah pun dah kluaq kt paper penerangan terpeinci pun dah di keluarkan dari mulut dari tuan badan n lawyernya sekali.apa yg xpuas hati lagi .lagipun perkara kahwin ni jgn di buat main2 yg penting mereka dah sah suami isteri.isteri baik ke isteri xbaik ke itu terpulang kita suami utk mendidiknya .tuhan dah syaratkan suami adalah ketua kepada keluarga.so kalau ada kesilapan dalam keluarga suami perlu menjawapnya di sana nanti.kesian kita org melayu ni asyik byk masa digunakan utk komplain org bukan nak mempebetulkan kesilapan org.
[Reply]
nordewiana bte ismail dewi Reply:
October 6th, 2010 at 7:38 pm
salam btul kata murai.. sya setuju dn sokong tu spatut nye kita org melayu kna la pandng dr sudut positif.
[Reply]
ray says:
April 27th, 2010 at 3:26 pm
ni media la yg buat kecoh…benda mcmni kira..da nak ok..diperbesar2kan lagi…suka sangat nak buka aib orng supaya byk untung..berdosa tu..ambil kesemptan atas keaiban orng lain..
[Reply]
Syafiera says:
September 14th, 2010 at 9:24 am
Hurm dia dah menninnggal sekarang yang bwat arrtikel pasal dia nie dah minta maaf ker ngan dia ? org kena tgkp khalwat dosa diampunkan kalo mengehebohkan keaiban orang dosa susah nak diampunkan… kene tuan punya badan maafkan.
[Reply]
KAK N says:
September 15th, 2010 at 1:06 pm
Al fatihah..jom la ingat kn amal jariah dan kebaikan arwah semasa hayatnya..jgn ungkit kisah yg lepas berdosa…
[Reply]
ainul says:
September 17th, 2010 at 1:17 am
al fatihaah tok arwah n sekeluarga
sedih rase nye .dasyat sgat kematianyerr
kejammmm sedhnyerrr.hukumla
org yg bersalah ngan setimpalnyerrr
da la semasa hayatnyerr pown ader
kebaikanyerrr.ader jasenyer si knangkan
la benda yg baik2 saje frenz
[Reply]
zaye says:
September 17th, 2010 at 8:50 pm
Al-fatihah utk arwah & semua mangsa. semoga mereka yg terlibat dlm kes pembunuhan tu akan dpt hukuman yg setimpal.
[Reply]