Ini adalah sticky post sehingga 15/03/2010. Anda hanya perlu scroll down untuk membaca update terkini. TQ
Untuk post ni Zon Artis nak off topic pasal artis dimana we all nak promo barang pulak. Yer betul, we all nak jadi jurujual. Boleh? Hehee..
Macam ni, kitorang dah tempah beberapa helai T-Shirt untuk diberikan kepada pembaca bertuah Zon Artis ni. Jadi alang-alang dah nak tempah tu, kitorang decided untuk buka jualan kepada umum supaya sesiapa sahaja boleh memiliki T-Shirt tersebut especially korang yang sentiasa menjadi ‘tulang belakang’ Zon Artis ni.
Berikut adalah contoh T-Shirt tersebut:
Mungkin korang tertanya-tanya kenapa la T-Shirt tu simple sangat kan. Sebenarnya kitorang dah bajet nak letak gambar beberapa orang artis. Tapi bila fikir balik, takut pulak nanti ada artis yang claim kitorang guna gambar depa untuk keuntungan macam kes ini dan juga yang ni. So, dipendekkan cerita, better buat macam ni saja. Simple dan paling penting takde sape yang berani nak saman.
Lagipun kitorang buat T-Shirt ni bukan untuk dijual sebenarnya, just nak bagi kat beberapa readers Zon Artis yang bertuah je. Tapi bagi tidak menghampakan korang yang nakkan T-Shirt ni but awal-awal lagi dah tahu yang korang tu tak bertuah, maka kami buka la untuk jualan tapi untuk 1 tempoh yang terhad sahaja.
Baiklah, sekarang kita cerita tang harga. Setelah berbincang dengan pihak pembuat T-Shirt dan ditambah tolak darab bahagi dengan pelbagai kos, harga yang dapat kami letak untuk sehelai adalah RM25 RM20 termasuk kos penghantaran ke seluruh Malaysia. Murah kan? Yer la, jualan ni bukan bersifat keuntungan pun.
Size T-Shirt (berdasarkan ukur lilit bahagian dada) adalah seperti berikut:
S: 40 inci – M: 42 inci – L: 44 inci – XL: 46 inci
Rasanya takde apa lagi yang nak diperkatakan, so kalau korang berminat (diulang sekali lagi, kalau berminat.. kalau tak berminat, dok diam-diam sudah) nak beli T-Shirt ni, bolehlah hantarkan emel kepada kami di adminzonartis@gmail.com untuk mendapatkan detail bagaimana cara untuk membuat belian dan juga cara bayaran.
PENTING! Jualan hanya akan dibuka sehingga 15. March 2010 ini sahaja kerana tempahan T-Shirt akan dibuat pada hari berikutnya. Tempahan dijangkakan siap dalam masa 1 minggu dan dijangkakan korang akan menerima T-Shirt tersebut selewat-lewatnya pada minggu pertama bulan April. Ala, bukan lama pun. Hee..
~ SELAMAT MENEMPAH ~










mawy says:
March 11th, 2010 at 11:31 am
wah…dah lama aku tak dapat masuk ZA ni…..dulu2 meriah je…skrg nih dah sunyi pulak….takpe,aku lepak sini je..
[Reply]
mawy Reply:
March 12th, 2010 at 5:01 pm
dah boleh reply,barulah best…..
[Reply]
mawy says:
March 11th, 2010 at 11:35 am
mane cik admin…sihat ke….bro Ro pun tak nampak dah…bizz makin kencang,rejeki makin murah…al-hamdulillah..
[Reply]
ROHAIFI AZRI Reply:
March 14th, 2010 at 2:45 pm
SALAM MAWY!
RINDU KAT KORANG SEME…
DAH TEMPAH T-SHIRT BLOM MAWY?
[Reply]
mawy Reply:
March 17th, 2010 at 2:43 pm
w’salam bro…aku tak tempah….sbb tak minat ler…kalau ada kolar aku suke..huhuu
[Reply]
mawy says:
March 11th, 2010 at 11:37 am
simple la t-shirt tue….watla lawa2 skit…huhuu
[Reply]
ROHAIFI AZRI Reply:
March 14th, 2010 at 2:47 pm
aku suka yg t-shirt lengan panjang, lebih menutup auratku ;-D
[Reply]
Jom Layan Zon Artis! Blog Hiburan Masa Kini Terhangat | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Lizarazak.com says:
March 14th, 2010 at 10:21 pm
[...] So, tunggu apa lagi. Bak kata pihak Zon Artis di dalam blognya. Kalau ada yang berminat (mana yang tidak, boleh duduk diam-diam.hahaha), boleh kirimkan emel ke adminzonartis@gmail.com untuk mendapatkan maklumat jualan t-shirt ni. Kalau nak, bertindak cepat!!! Jualan hanya diterima sehingga 15 Mac 2010 sahaja kerana tempahan akan dibuat pada 16 Mac 2010. Maklumat lanjut tentang size t-shirt boleh dapatkan di sini [...]
x-po says:
March 15th, 2010 at 4:36 pm
hoho aku ske yg simple camtu..baru xsrabut mata memandangnya
[Reply]
TAGLINE TEES says:
May 13th, 2010 at 5:30 am
Click nama saya untuk mengetahui pelaburan alaf baru dengan hanya membeli T-shirt.
[Reply]