Jehan Miskin Bakal Kahwin Dengan Gadis Korea

Thursday, May 2, 2013 0:12
Posted in category General

GAMBAR PERKAHWINAN DAN PERNIKAHAN JEHAN MISKIN

Woot! Ini berita yang sedikit mengejutkan. Takde angin takde ribut, tup-tup Jehan Miskin akan mengakhiri zaman bujangnya pada Sabtu ini. Lebih mengejutkan, bakal isteri Jehan Miskin tu berasal dari Korea.

Harian Metro pada Rabu melaporkan, Jehan Miskin dan gadis Korea yang menetap di Kuala Lumpur itu telah berkenalan selama lima tahun. Dalam diam, rupa-rupanya dah ada buah hati si Jehan Miskin ni.

Namun begitu, walaupun sudah memaklumkan yang dia akan berkahwin pada Sabtu ini, Jehan masih enggan bercerita lanjut mengenai bakal isterinya itu dan hanya akan melakukannya selepas majlis pernikahan.

“Buat masa sekarang saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai percintaan saya, siapa gadis itu, di mana saya berkenalan dan sebagainya. Saya akan ceritakan segalanya nanti selepas selesai majlis pernikahan,”

Jehan memberitahu, majlis akan dibuat secara ringkas di Carcosa Seri Negara dan hanya menjemput 100 tetamu termasuk keluarga dan teman rapat. Majlis juga akan dibuat sekali sahaja untuk kedua-dua belah keluarga.

“Keluarga bakal mentua saya bakal datang dari Korea, ibu dan kakak saya yang menetap di Amerika Syarikat juga akan turut meraikan perkahwinan saya ini,”

Jehan turut memberi sedikit info mengenai aturcara majlis yang dijadualkan akan bermula pada pukul 2 petang itu dimana ia akan dimulakan dengan acara akad nikah, bersanding diikuti majlis minum petang.

* * *

Psstt: Ini cara pengemis di China buat luka untuk meraih simpati

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D