‘Jangan Kaitkan Dengan Saya’ – Jue Aziz

Wednesday, August 29, 2012 10:45
Posted in category Bermasalah, Kontroversi, Panas

JUE AZIZ BERCINTA DENGAN AIDIL

Ekoran dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Aidil Zafuan yang semua orang tahu masih suami kepada Rita Rudaini, Jue Aziz tidak menunggu lama untuk tampil mengulas segala dakwaan yang bertebaran di alam maya yang maha luas ini sekaligus menjelaskan segala-galanya bagi membersihkan namanya.

“Masalah mereka suami isteri belum selesai, jangan babitkan orang lain pula. Saya mengenali Aidil macam itu saja dan tiada sebarang hubungan intim dengannya. Sebenarnya saya lebih suka berdiam diri kerana ternyata segala tuduhan yang dilemparkan pada saya hanyalah fitnah semata-mata, tetapi memandangkan isu ini semakin hangat diperkatakan, saya perlu memberi kenyataan untuk membela diri saya”

Jue Aziz memberi tahu yang dia tidak mempunyai nombor telefon Aidil dan pelik bila tiba-tiba dia dikatakan bercinta dengan Aidil. Tapi Jue Aziz mengaku mempunyai BBM Aidil yang diperolehi daripada kawan-kawannya yang berkawan dengan pemain bola sepak itu. Hanya baru-baru ini saja, Aidil minta nombor telefon bimbitnya selepas heboh kononnya mereka bercinta bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada Jue.

Tidak perlu buang masa, mari baca penjelasan daripada Jue Aziz ni:-

“Saya rasa Rita pun tahu yang suaminya ada berkenalan dengan perempuan lain, tetapi kenapa dia perlu kaitkan suaminya dengan saya pula. Adakah sebab saya dikenali ramai maka saya yang dijadikan mangsa dengan sesuka hati menuduh saya ada hubungan dengan suaminya untuk meraihkan simpati masyarakat.

“Tolong selesaikan masalah mereka suami isteri, tidak perlu babitkan orang lain dalam masalah rumah tangga mereka berdua. Jika benar saya ada keluar dengan Aidil, tunjukkan bukti bila dan di mana. Jangan buat cerita yang kru produksi nampak kami keluar berdua kerana sepanjang masa saya sibuk dengan penggambaran drama di luar ibu kota.

“Jadual saya ada bersama mereka. Kru produksi juga ‘kenal’ saya dan mereka juga mengenali siapa Rita yang sebenarnya. Kalau benar ada kru produksi yang nampak saya keluar dengan Adil, beritahu saya produksi mana.

“Dia boleh minta simpati dengan peminat di luar sana, tetapi bukan dengan orang dalam industri yang kenal siapa dia yang sebenarnya. Jika benar Rita ada bukti yang mengatakan saya intim dengan suaminya, sila berjumpa saya dan bawakan bukti sekali.

“Saya harap jangan panjangkan lagi isu ini kerana saya tiada kena mengena langsung dengan rumah tangga mereka ataupun ada hubungan dengan Aidil. Saya akan minta pendapat peguam apa yang patut saya buat jika perkara ini masih berpanjangan bagi melindungi diri dan hak saya. Tolong jangan jatuhkan maruah orang sehingga boleh merosakkan periuk nasi orang lain.

“Saya pun bukannya rapat sangat dengan Rita, jadi jangan ganggu hidup saya. Kami pernah berlakon bersama, tetapi itu pun dah lama. Sekarang pun saya tidak pernah bertemu dengannya kerana sibuk dengan penggambaran drama.

“Isu ini sangat merimaskan saya kerana ia tidak benar sama sekali. Tak ada gunanya dia memburukkan saya kerana saya memang tiada hubungan dengan suaminya,”

Mengakhiri penjelasan, Jue Aziz memberi tahu bahawa ini adalah kenyataannya yang terakhir daripadanya dan dia tidak akan bercakap lagi mengenai perkara ini.

“Cukuplah setakat ini kerana tak ada gunanya saya terus bersoal jawab mengenai tuduhan yang saya bercinta dengan Aidil kerana ia tidak benar sama sekali,”

Psstt: Kesian nengok harimau bintang ni~

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “‘Jangan Kaitkan Dengan Saya’ – Jue Aziz”

  1. myyra says:

    August 29th, 2012 at 4:39 pm

    Kenyataan Jue mnafikan gosip ini mmg wajar jika sebnarnya dia merasa dia tdk bsalah atau mmang tdk ada hubungan intim dgn Aidil. Namun cara dia terus mnyebut nama Rita itu yg salah. Adakah wartwan yg telah mnulis gosip itu mgatakan sumber dia dpt cerita itu adalah Rita???? Jgn tuduh awal2 atau suka hati kalau blum sah. Mungkin org lain yg mnyampaikan cerita kpd wtawan??? Statement dia yg mgatakan kru produksi tahu siapa Rita sbenarnya juga seolah2 mgambarkan RIta ini memang jahat…. Tak payah nak pjgkan cerita Jue…. kalau nak nafikan …. ok mmg wajar tapi jgn nak sentuh pula siapa Rita….
    Begitu juga Ayu Raudhah tdk perlu campur tangan dlm hal rmhtga org lain. Jaga suami awak sendiri…. jgn sibuk nak urus org… akhirnya rmhtangga sdiri terabai. Ingat suami awak juga muda dpd awak bukan Rita seorang yg lbh tua dpd suami????

    [Reply]

    Apadehal Crew Reply:

    betul kata anda.. kalau yer pun nk tepis dakwaan dia bcinta dgn aidil, tak perlu la nak selitkan nama rita siap bagi gambaran kat semua pihak yg rita tu bmsalah..

    [Reply]

  2. lynn says:

    August 29th, 2012 at 10:15 pm

    Drpd sy minat jue ni dulu skang dh jd x minat bila baca statement dia ni.x matang langsung.nmpk sgt salahkn rita cam membela sia aidil plk…pe kes dia ada bbm aidil dpt dr kwn2 bkn saja nk involve ke?sape x marah laki ada involve gn owg lain…agak2 la.dh la diorg tu ada msalah ni awk plk wat statement camtu cam x puas ati ngan rita je…hishh sy dh x minat la jue ni… 

    [Reply]

  3. sal says:

    August 30th, 2012 at 12:27 pm

    aku setuju sgt dgn semua pengomen2 di atas…aku meme minat jue sebab dia cantik…tp statement dia ni mcm..org yg btl2 salah lak…mengorat si aidil…kalau tak salah..takkan dia nak melenting mcm tu sekali…rita pun aku suka…biar org nak kata dia sejuta kali jahat pun…tp aku ttp suka dia kerana dia juga cantikkk…naluri keibuan aku sering tersentuh setiap x baca kisah mereka…aku amat marah dgn ayu raudhah biarpun aku juga suka dia krn dia cantik…bila tgk rita…aku letakkan diri aku di situ..biarpun realiti hidup kami tak sama…tapi aku simpati dgn dirinya…rita pernah kata…kalau dia mata duitan…takkan dia pilih aidil untuk menjadi teman hidupnya…meme aku setuju…krn pemain bola sepak msia ni bkn sekaya pemain luar….hati isteri mana tak sakit bila suami ungkit mcm2….tak pernah ke dia pk bagaimana sakit isteri nak beranakkan anak dia…anak yg akan doakan dia bila dia mati kelak…buat apa nak berkira suami isteri…perkahwinan itu sendiri bagi aku ertinya perkongsian…jadi berkongsilah apa saja asalkan hidup rukun…

    [Reply]

  4. Didakwa Sebar Gosip, Rita Rudaini Cabar Jue Aziz Kemuka Bukti | Zon Artis says:

    August 31st, 2012 at 11:38 pm

    [...] Jika anda masih ingat pada post sebelum ini, Jue Aziz ada menyebut Rita Rudaini sebagai orang yang mengaitkannya bercinta dengan Aidil Zafuan. [...]

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D