“Isteri Saya Hanya Erra Seorang” – Engku Emran

Saturday, June 23, 2012 15:12
Posted in category General, Kontroversi, Panas

ERRA FAZIRA DAN ENGKU EMRAN Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya suami Erra Fazira iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin tampil menjelaskan mengenai desas-desus yang boleh dikatakan sebagai gosip liar mengatakan kononnya dia berkahwin dua.

Dalam penjelasan tersebut, Engku Emran menafikan segala cerita yang bertebaran itu malah turut menjelaskan yang dia dan Erra masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil. Mari ikuti penjelasan daripada Engku Emran kat bawah ni:-

“Demi Allah, isteri saya hanya Erra seorang. Kalau betul saya kahwin lagi, mestilah sekarang sudah ada gambar-gambar upacara itu dikeluarkan di Internet.

“Saya pernah dengar pasal gosip ini sejak tahun lalu, tetapi saya anggap ia tidak serius dan sebahagian mainan dunia hiburan.

“Tetapi lama-kelamaan ia semakin besar dan saya ingin jelaskan yang gosip saya menduakan Erra sama sekali tidak betul. Yang penting Erra, keluarga saya, keluarga mentua tahu perkara sebenar.

“Dan untuk pengetahuan semua, saya dan Erra masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil,”

Psstt: Kahwinkan katak untuk panggil hujan? Berhasil ker?

Related Posts with Thumbnails
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply


Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D